Viral: Sebiji Telur Bahagi Empat, Lelaki Ini Kongsi Tip Berjimat! – Manis Madu
Sebiji Telur Bahagi Empat, Lelaki

Viral: Sebiji Telur Bahagi Empat, Lelaki Ini Kongsi Tip Berjimat!

Keadaan pasca pandemik menuju endemik yang berlaku di negara ini mengajar kita pelbagai perkara. Di samping pengajaran tentang kehidupan, perkara seperti pengurusan kewangan yang baik serta simpanan juga mengajar kita sesuatu.

 

Rentetan daripada itu, perkongsian daripada seorang pengguna TikTok ini Madu kira bermanfaat untuk Maduners praktikkan.

 

Melalui video yang dikongsikan akaun @zamypurba, individu di dalam video berkenaan menunjukkan tutorial bagaiamana untuk menghasilkan telur goreng yang dibahagi kepada empat bahagian.

“Selain berjimat dengan cara potong dua bila makan maggi, kita juga boleh berjimat dengan cara potong empat bahagian telur yang telah kita bekukan semalaman,” katanya.

 

Menurut lelaki tersebut, telur yang mahu digunakan perlulah dibekukan terlebih dahulu semalaman di dalam peti sejuk pada bahagian sejuk beku.

cara potong empat bahagian telur yang telah bekukan semalaman

Kemudian, buang kulit telur dan dengan menggunakan pisau yang tajam, potong telur tersebut kepada empat bahagian.

 

“Jadi, kita boleh berjimat selama empat hari makan. Hari pertama, goreng satu bahagian so akan ada tiga lagi. Betul tak?”

 

Video tersebut telah mendapat sebanyak 3 juta tontonan dan 200.7k tanda suka serta ribuan komen daripada warganet tentang tips berjimat yang dikongsikannya.

 

Menarik kan? Mungkin Maduners boleh cuba di rumah!

Post a Comment