Wajib Cuba! Top 5 Toner Eksklusif Di Kens Apothecary – Manis Madu
Top 5 Toner Eksklusif Di Kens Apothecary

Wajib Cuba! Top 5 Toner Eksklusif Di Kens Apothecary

Kalau berkenaan hal penjagaan kulit, elakkan dari bersifat kedekut!

 

Produk penjagaan kulit eksklusif mungkin mahal, tetapi itu bermaksud kualiti produk-produk eksklusif sangat bagus dan korang boleh dapatkan produk penjagaan seperti toner yang terbaik di Kens Apothecary!

 

Kens Apothecary merupakan perniagaan yang menjual barangan kecantikan seperti produk penjagaan kulit muka dan rambut, wangian rumah, wangian badan, alat solek dan lain-lain.

FullSizeRender-4-768x1152

Ken Lim pada usia 27 tahun memulakan perniagaannya sendiri iaitu Kens Apothecary yang dibuka pada tahun 1999 dan kini memiliki lima outlets di pusat beli belah utama Kuala Lumpur!

 

Terdapat banyak jenama terkenal dan eksklusif yang boleh dimiliki di Kens Apothecary. Hari ini Madu nak listkan top 5 toner eksklusif terbaik yang Maduners boleh dapatkan di Kens Apothecary!

Ren Clean Skincare (Ready Steady Glow Daily AHA Tonic)

REN_Ready_Steady_Glow_Daily_AHA_Tonic-NEW1-768x768
  • RM149 (250ml)

 

Produk yang telah memenangi Winner Cosmopolitan Beauty Award pada tahun 2018 ini sesuai untuk Maduners yang mempunyai masalah kulit kusam, tona kulit tak sekata, kulit kering dan kasar, pori terbuka dan garisan halus.

 

Bahan utama dalam produk ini adalah

  • Lactic Acid (AHA) yang mempunyai tindakan pengelupasan yang membantu menghilangkan sel kulit mati untuk tekstur yang lebih halus.
  • Salicin (BHA) dari Willow Bark Extract yang mengecilkan penampilan liang pori.
  • Azelaic Acid Preursors yang  meningkatkan seri wajah.

Caudalie (Beauty Elixir)

Beauty-Elixir-100ml_2-768x768
  • RM69 (100ml)

 

Diilhamkan oleh Youth Elixir of the Queen of Hungary pada abad ke-16, Beauty Elixir mempunyai formula yang unik. 

 

Dibuat dari 100% bahan semula jadi dan dipenuhi dengan ekstrak tumbuhan yang berharga, ia  membantu menjadikan kulit anda lebih glowy, melicinkan dan mengetatkan pori-pori.

 

Produk ini mempunyai bahan utama seperti anggur, orange blossom, organic balm mint dan rosemary.

Omorovicza (Queen of Hungary Mist)

OMO-768x768
  • RM299 (100ml)

 

Berfungsi untuk purifying dan hydrating, toner ini diilhamkan oleh Queen of Hungary Water, yang dirumuskan untuk Ratu Elisabeth dari Hungary pada abad ke-14.

 

Sesuai untuk dipakai untuk Maduners yang suka bersiar pada waktu tengah hari atau sebagai toner selepas membersihkan muka.

 

Toner ini sesuai untuk semua jenis kulit dan berfungsi untuk anti pencemaran, dehidrasi, kusam, garisan halus/kedutan, kemerahan/keradangan. 

 

Produk ini mempunyai bahan yang membantu memberi penghidratan pada wajah seperti :-

  • Orange Blossom, Rose & Sage yang membersih dan menegangkan kulit muka.
  • Apple Pectin memberikan penghidratan dan kelembutan yang berpanjangan.
  • Omorovicza’s Patented Healing Concentrate  menjadikan kulit lebih kencang, lembut dan penampilan yang lebih awet muda.

 

Yang paling penting, produk ini juga telah memenangi Kens Beauty Award 2021!

Caudalie (Vinopure Purifying Toner)

7873-342A-NA_LOTION_200ML_VINOPURE-768x768
  • RM105 (200ml)

 

Toner ini membantu untuk mengecilkan liang pori dan mengurangkan minyak pada kulit. Toner ini sesuai untuk mereka yang memiliki jenis kulit berminyak atau kulit kombinasi.

 

Dua bahan utama produk ini adalah lavender essential oil yang bertindak sebagai anti-keradangan dan juga natural salicylic acid yang mengetatkan liang pori.

Caudalie (Beauty Elixir Limited Edition)

5962-PINK-BE-Shadow2-768
  • RM195 (100ml)

 

Mengikut informasi dari Ken Apothecary, Beauty Elixir ini mempunyai formula yang unik dan 7 bahan utama seperti grape extract, rose, orange blossom, rosemary, benzoin, myrrh dan juga mint balm

 

Dibuat dari 100% bahan semula jadi dan dipenuhi dengan ekstrak tumbuhan, produk ini akan membantu memberikan kulit yang berseri pada si pemakai, mengetatkan pori-pori dan melicinkan garis-garis halus.

 

Menarik tak pilihan toner yang ada di Kens Apothecary ini? Banyak lagi pilihan toner yang ada di Kens Apothecary sebenarnya, tinggal pilih yang bersesuaian dengan Maduners.

 

Maduners boleh check website Kens Apothecary!

Post a Comment