Wangi Semerbak Bunga! 3 Koleksi Perfume Terbaik Untuk Musim Bunga 2021! – Manis Madu
Perfume

Wangi Semerbak Bunga! 3 Koleksi Perfume Terbaik Untuk Musim Bunga 2021!

Fazlan memang suka sangat kumpul perfume lagi-lagi yang edisi khas. Kadang-kadang memang susah nak dapat tapi kalau sungguh-sungguh kita cari dan kumpul memang akan dapat.

 

Jadi dekat sini Fazlan nak senaraikan TOP 3 minyak wangi musim bunga yang boleh Maduners cari supaya anda semua wangi jerr sentiasa dengan bau yang pelbagai dan mewah !

#3 Private Blend Rose Prick Eau de Parfum (TOM FORD)

Tom Ford Rose Prick

Sumber Gambar : Sephora

Rose Prick by Tom Ford adalah wangian Chypre Floral yang direka khas untuk peminat TOM FORD dan ianya sesuai digunakan oleh wanita dan lelaki. 

 

Ia adalah wangian baru dan dilancarkan pada tahun 2020. Sesiapa yang sukakan bau yang seksi, romantik dan juga sedikit old-fashioned, anda memang sesuai guna perfume ini!

 

Baunya lembut jerr dan mesti boleh buat pasangan anda rasa selesa bila bersama anda!

#2 Daisy Eau So Intense Eau de Parfum (MARC JACOBS)

Marc Jacob Daisy

Sumber Gambar : Harpers Bazaar

Daisy Eau So Intense oleh Marc Jacobs adalah wangian Amber Floral yang dicipta khas untuk wanita.

 

Ini juga wangian baru yang dilancarkan oleh Marc Jacobs pada tahun 2021! Pada peminat perfume Marc Jacobs, mesti anda dah biasa dengan wangian ini sebab ini adalah antara perfume yang popular bagi jenama ini.

 

Baunya yang seolah-olah bunga dan buah-buahan ini amat sesuai dikenakan oleh wanita kerana menggambarkan perwatakan yang lemah lembut.

 

Tapi kalau lelaki nak pakai pun apa masalahnya? Mungkin lelaki itu seorang yang bersopan santun?

#1 Bloom Eau de Parfum (GUCCI)

Gucci Bloom

Sumber Gambar : Harpers Bazaar

Walaupun telah lama dilancarkan iaitu pada tahun 2017, namun kehebatan wangian ini memang tidak boleh disangkal lagi.

 

Mungkin ramai yang dah menggunakan wangian ini namun menurut Harpers Bazaar dan juga Vogue, wangian ini adalah antara yang popular bermula dari tahun 2017 hingga ke hari ini.

 

Baunya yang seakan-akan bau bunga dicipta khas untuk kaum wanita namun apa yang Fazlan lihat, tidak kurang ramai juga lelaki yang menggunakannya.

 

Maduners pula macam mana? Ada tak cadangan perfume yang anda suka bolehlah suarakan pada kami!

Post a Comment