Wanita Ajar Cara Cepat Potong Siput Sedut, Fungsi Sebenar Lubang Pada Hujung Pisau! – Manis Madu
Wanita Ajar Cara Cepat Potong Siput Sedut, Fungsi Sebenar Lubang Pada Hujung Pisau

Wanita Ajar Cara Cepat Potong Siput Sedut, Fungsi Sebenar Lubang Pada Hujung Pisau!

Penggemar siput sedut pasti tahu sebelum memasaknya, perlu melalui beberapa proses terlebih dahulu. Ini untuk memastikan siput tersebut dapat dimasak dengan sempurna serta dapat memakannya dengan mudah.

Antara prosesnya adalah Maduners perlu membuang ‘bontot’ siput sedut terlebih dahulu setelah dibasuh berkali-kali.

 

Untuk membuang bahagian itu, pelbagai cara dilakukan dengan menggunakan peralatan yang berbeza seperti gunting, pisau, kapak dan lain-lain.

 

Namun, perkongsian daripada seorang wanita ini di laman TikTok, mungkin akan membantu Maduners siang siput sedut dengan lebih cepat dan mudah!

Dalam video berkenaan, wanita itu menggunakan pisau besar yang mempunyai lubang di hujungnya. Dia hanya memasukkan bahagian siput sedut yang perlu dibuang itu ke dalam lubang dan mematahkannya.

 

Apa yang menarik perhatian Madu adalah kaedah ini tidak memerlukan tenaga yang berlebihan. Sekali patahkan jerr dah dapat buang bahagian itu. Boleh dikatakan tips tanpa gagal!

 

Lebih menarik lagi bila lihat peralatan yang dia guna. Madu baru tahu lubang pada hujung pisau boleh berfungsi untuk perkara seperti ini!

 

Video yang dimuat naik @dibcha itu telah mendapat 596.1k tontonan di TikTok serta telah mendapat 34.8k tanda suka.

Post a Comment