Wanita Bertengkar Di Pusat Beli Belah Kerana Teman Lelaki Enggan Belikan Barangan Mahal – Manis Madu
Featured Image 1164

Wanita Bertengkar Di Pusat Beli Belah Kerana Teman Lelaki Enggan Belikan Barangan Mahal

Tanpa memikirkan rasa malu, seorang wanita sanggup bertengkar dengan teman lelakinya di depan khalayak ramai di sebuah pusat beli-belah di China.

 

Ia hanya kerana keinginannya untuk membeli baju dan kasut mahal tidak dituruti.

SS1

Memetik laporan World Of Buzz, pasangan berkenaan berasal dari Shijiazhuang dekat wilayah Hebei dan insiden berlaku di Plaza Wanda, baru-baru ini.

 

Pasangan itu mulanya berjalan-jalan di pusat beli-belah berkenaan sebelum singgah di sebuah kedai menjual pakaian dan kasut.

 

Kekecohan berlaku apabila wanita berkenaan berang dan mengamuk selepas teman lelakinya enggan membelikan barangan berharga 1,800 yuan (kira-kira RM1,159).

SS_2

China Sohu melaporkan lelaki itu menolak permintaan kekasihnya itu berikutan harga barang itu terlalu mahal.

 

Disebabkan berasa diaibkan oleh teman lelakinya, wanita berkenaan mula memaki hamun kekasihnya sehingga berlaku perang mulut antara mereka.

SS_3

Rakaman video daripada seorang pengunjung pusat beli-belah menunjukkan pasangan itu mula bertengkar di hadapan salah sebuah premis.

 

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu juga dipercayai mengheret kekasihnya sebelum menanggalkan baju dipakai lelaki berkenaan secara paksa.

 

Insiden itu mendapat perhatian netizen di China selepas tular gambar dan video pergaduhan pasangan berkenaan di laman sosial.

 

Sumber Gambar: Weibo

Post a Comment