Wanita Hamil Yang Dibelasah Suami Berkemungkinan Hilang Ingatan – Manis Madu
Wanita Hamil Yang Dibelasah Suami Berkemungkinan Hilang Ingatan

Wanita Hamil Yang Dibelasah Suami Berkemungkinan Hilang Ingatan

Susulan kejadian yang berlaku ke atas seorang wanita hamil yang dipercayai dibelasah suaminya dalam kejadian 4 Mei lalu kini dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga di Sungai Udang, Melaka.

 

Mengikut laporan Manis Madu sebelum ini, mangsa yang berusia 43 tahun dan kini sedang hamil empat minggu dilaporkan mengalami kecederaan parah dengan tengkorak kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain dari rahang, tulang belakang serta rusuk dipercayai retak akibat dipukul. 

 

Walaupun masih belum sedarkan diri, namun pihak Hospital  Tuanku Ja’afar, Seremban, membenarkan wanita terbabit dibawa pulang berikutan keadaanya yang stabil. 

 

Adik mangsa yang dikenali sebagai Fazariah, 38 bersyukur kakaknya sudah stabil walaupun masih koma dan sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.

 

Memetik laporan dari Kosmo! pasukan perubatan memaklumkan kakaknya berkemungkinan mengalami hilang ingatan dan peluang untuk pulih seperti biasa adalah tipis. Fazariah berkata,  keluarganya redha dengan ujian dan ketentuan ilahi.

 

Tambahnya lagi, kandungan mangsa kini sudah memasuki 11 minggu dan berada dalam keadaan baik. 

 

“Sekarang ini kakak hanya mampu terbaring, sedih kami lihat dia mengandung dalam keadaan sakit, dia minum susu ramuan khas.

 

Fazariah berkata, “Kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar kakak kembali sembuh selain si pelaku ditangkap dan dihukum”.

 

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada si mangsa boleh berbuat demikian ke akaun bank Fazariah Nordin 160214042052 (Maybank) atau 0413841000043244 (Bank Simpanan Nasional).

 

Sumber Featured Image: Kosmo!

Post a Comment