Wanita Jadikan Tangga Sebagai Pejabat, Siap Bawa Meja & Kerusi CEO – Manis Madu
Wanita Jadikan Tangga Sebagai Pejabat, Siap Bawa Meja & Kerusi CEO-Kerja dari tangga

Wanita Jadikan Tangga Sebagai Pejabat, Siap Bawa Meja & Kerusi CEO

Bagi kita sebagai rakyat Malaysia dalam sedar tak sedar sudah hampir 2 tahun kita berada di norma baharu. 

 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa belajar ataupun bekerja di rumah ini sangat memberi cabaran yang besar kepada sesetengah individu. 

 

Melihat kepada keadaan dan cabaran itu, baru-baru ini seorang pengguna TikTok ada memuat naik video seorang wanita yang sedang bekerja dari tangga.

@nazirahady95Pkpd Punya Pasal Dekat Tangga Dijadikan Office 🤣#fyp #fypシ゚viral #fypシ #esekeli #pkpd♬ original sound – snnd_ND

Kebiasaannya orang akan bekerja dari rumah tetapi ini lain pula ceritanya apabila wanita tersebut siap membawa kelengkapan dan peralatan bekerja di tangga seperti meja dan kerusi yang selesa.

 

Menerusi ruangan komen, ramai di antara netizen terhibur dengan kegigihan wanita tersebut.

 

“ Yang penting kerusi CEO selesa “ – @runninginheels25

 

“ Megah Holding punya bangku “ – @zack_kapan

 

“ Asal internet laju + lighting pon cantek” – @ainnnnnn98

 

“Line da tak ada.. dalam rumah bising.. macam-macam cara anak-anak semua nak belajar.. moga Allah permudahkan ya” – @sarietanjung84

 

Dalam pada komen berkaitan masalah line dan kerusi yang digunakan untuk bekerja, ada pula yang perasan wanita tersebut siap membawa bekas kuih di atas meja sebagai kudapan.

 

“Siap bekal kuig raya ke tu” – @khairolazli

 

Macam-macam ragam lagi yang kita dapat tengok kalau belajar dan bekerja di rumah. Apa-apa pun Madu nasihatkan untuk korang terus tabah dan jangan berhenti berusaha!

Post a Comment