Wanita Kedua Tertua Di Dunia Sembuh COVID-19 Pada Usia 116 Tahun! – Manis Madu
Wanita Kedua Tertua Di Dunia Sembuh COVID-19

Wanita Kedua Tertua Di Dunia Sembuh COVID-19 Pada Usia 116 Tahun!

Seorang biarawati di negara Perancis yang berusia 116 tahun yang juga dipercayai individu kedua tertua di dunia telah sembuh dari COVID-19 dan tidak sabar untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-117 pada hari Khamis ini!

The Toulonnaise Sister André

Sumber Gambar: www.varmatin.com

Kedudukan Lucile Randon atau nama biarawatinya Sister Andre disahkan sebagai invidu kedua tertua di dunia oleh Kumpulan Penyelidikan Gerontologi.

 

Media Perancis melaporkan bahawa Sister Andre positif mengidap virus itu pada pertengahan Januari di bandar Toulon, Perancis selatan. Tetapi hanya tiga minggu kemudian, biarawati itu dianggap pulih.

 

“Saya tidak menyedari bahawa saya memilikinya,” kata Sister Andre kepada akhbar Perancis Var-Matin.

 

Sister Andre, yang buta dan menggunakan kerusi roda, tidak menunjukkan sebarang kebimbangan setelah dia mendapat diagnosis positif Covid-19.

 

David Tavella, pengurus komunikasi untuk rumah jagaan di mana biarawati itu berada berkata Sister Andre tidak langsung bertanya mengenai status kesihatannya tapi lebih kepada rutin biasanya iaitu jadual makan atau waktu tidur dia akan berubah atau tidak.

 

David juga menambah bahawa Sister Andre tidak menunjukkan rasa takut terhadap penyakit tersebut.

 

Sister Andre disahkan berjangkit virus Covid-19 pada bulan Januari lalu di Pusat Jagaan Warga Emas Toulon, 81 dari 88 yang menduduki pusat jagaan tersebut diuji positif virus dan kira-kira 10 daripadanya mati, menurut portal berita Perancis Var-Matin.

 

Setelah doktor mengesahkan biarawati itu telah sembuh, dia dibenarkan menghadiri upacara keagamaan dan tidak sabar menyambut hari kelahirannya yang ke 117 pada Khamis.

KaneTanaka

Sumber Gambar: thedailymeal.com

Untuk makluman Maduners, kini individu tertua di dunia adalah Kane Tanaka yang berusia 118 tahun yang telah menyambut hari kelahiran beliau pada 2 Januari yang lalu. Kane Tanaka berasal dari Jepun.

Post a Comment