Wanita Kongsi Cara Bersihkan ‘Tongkeng’ Ayam, Pakai Lidi Lebih Mudah! – Manis Madu
Wanita Kongsi Cara Mudah Bersihkan ‘Tongkeng’ Ayam, Pakai Lidi Saja

Wanita Kongsi Cara Bersihkan ‘Tongkeng’ Ayam, Pakai Lidi Lebih Mudah!

Tidak dinafikan dalam banyak-banyak bahagian ayam, tongkeng ayam adalah yang paling ramai berebut untuk dapatkan walaupun ada segelintir yang agak geli nak makan kerana dianggap kotor dan susah nak dibersihkan.

 

Bahagian tongkeng ayam memang agak susah untuk dibersihkan jika tidak tahu cara yang betul, lagi-lagi untuk membuang bulunya.

 

Kalau beli tongkeng ayam di luar pun kebanyakannya tidak dicuci dengan betul dan masih ada lagi bulu yang tertinggal.

 

Baru-baru ini, menerusi video yang dimuat naik oleh @shuaige7004 di laman sosial TikToknya, dia  telah berkongsi cara mudah untuk membuang bulu pada bahagian tongkeng ayam.

@shuaige7004Makan sekejap tapi nak ngemas lmk 😅

♬ original sound – Shuai Ge

Di dalam video tersebut, wanita itu dilihat hanya menggunakan sebatang lidi sahaja untuk mencabut bulu dibahagian ayam dengan sempurna.

 

Dia memasukkan lidi ke dalam lubang bulu ayam sehingga bertemu hujungnya dan mencungkil sedikit ke bahagian atas.

 

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen berasa teruja dan tidak pernah mengetahui cara yang betul sebelum ini.

 

“Kenapa baru nak tunjuk, selama ni aku sampai pakai pengepit janggut ayah aku . tu pun terputus-putus juga adoi” -@ecahdoranidiamondgoldmlk.

 

“Boleh try ni sis, buang sekali benda kuning tu” -@wanaa318.

 

“Dulu pakai pisau, lagi angin kalau bendanya putus dekat dalam” -@izatikmalik.

 

Walau bagaimanapun, bahagian tongkeng ayam memang sedap untuk dinikmati tetapi Maduners perlu tahu bahagian ayam ini juga mengandungi lemak yang tinggi. 

 

Jadi, pastikan anda makan dalam kualiti yang sederhana sahaja untuk kesihatan diri sendiri.

Post a Comment