Wanita Kongsi Cara Buat Sup Tepung, Rupanya Ramai Tak Pernah Dengar! – Manis Madu
Wanita Kongsi Cara Buat Sup Tepung, Rupanya Ramai Tak Pernah Dengar!

Wanita Kongsi Cara Buat Sup Tepung, Rupanya Ramai Tak Pernah Dengar!

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi hidangan sarapan kegemarannya di platform TikTok. Menariknya, di ruangan komen ternyata ramai yang tidak mengetahui hidangan yang dikongsikan itu.

 

Hidangan yang dikongsikan wanita itu adalah sup tepung dan menurutnya, makanan itu adalah kegemarannya dan ibunya.

 

My favourite breakfast with my mom. Rindu ibu, so kita buat sup tepung ni. Sedap!! Simple je, siapa pernah makan?” tulisnya.

 

Memandangkan ternyata ramai yang tidak tahu mengenai hidangan sup tepung ini, hari ini Anis kongsikan resipi dan cara membuatnya. Lepas ini Maduners boleh cuba!

@syanalicious_My fav breakfast with my mom. Rindu ibu, so kita buat sup tepung ni hehe. Sedap!! Simple je, Siapa pernah makan🥶

♬ original sound – Shazlin Salamat

Bahan Doh Tepung:

  • Tepung gandum secukupnya
  • Secubit garam
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya

 

Bahan Sup:

  • Isi ayam secukupnya
  • Kiub pati ayam
  • Minyak bawang putih
  • Bancuhan tepung gandum atau tepung jagung secukupnya

 

Bahan Sampingan:

  • Sambal kicap
  • Hirisan daun bawang
  • Bawang goreng

 

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, satukan bahan doh tepung dan gaulkan hingga menjadi doh yang sempurna. Biarkan selama 10 minit dan bahagikan doh kepada 4 bahagian.
  2. Uli dan canai nipis doh tadi dan potong mengikut saiz yang digemari. Maduners boleh juga ikut cara seperti dilakukan wanita dalam video di atas.
  3. Untuk sediakan sup pula, rebus isi daging ayam bersama kiub pati ayam dan minyak bawang putih. Bila dah siap direbus, asingkan isi ayam untuk dicincang.
  4. Seterusnya, masukkan tepung yang dah disiapkan tadi diikuti dengan isi ayam yang sudah dicincang. Rebus bersama doh tepung.
  5. Masukkan sedikit bancuhan tepung gandum atau bancuhan tepung jagung. Kacau sebati.
  6. Masak doh tepung selama 8-10 minit, angkat dan boleh dihidangkan bersama sambal kicap, bawang goreng dann juga hirisan daun bawang. Goshh, sedapnya!

 

Selamat mencuba Maduners!

Post a Comment