Wanita Kongsi Pengalaman Naik ‘Jungle Train’ Dari KL Ke KB, Rugi Tidur Lepas Subuh Katanya! – Manis Madu
Wanita Kongsi Pengalaman Naik ‘Jungle Train’ Dari KL Ke KB, Rugi Tidur Lepas Subuh Katanya!

Wanita Kongsi Pengalaman Naik ‘Jungle Train’ Dari KL Ke KB, Rugi Tidur Lepas Subuh Katanya!

Selalu juga Anis terbaca tentang perkongsian pengalaman orang lain mengembara menaiki kereta api dari satu tempat ke satu tempat. Melihat perkongsian seperti itu, tipulah kalau tak terbit rasa nak cuba. Paling kurang nak rasa pengalaman seperti itu sekali seumur hidup!

 

Ini berkaitan dengan satu hantaran daripada seorang wanita dikenali sebagai Diyana Mukhayadi yang berkongsi pengalaman pengembaraannya menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

 

Melalui perkongsian yang dilakukannya melalui beberapa laman sosial, Diyana berkongsi ‘tips and tricks’ ketika pengembaraannya menaiki Kereta Api Ekspres Rakyat Timuran atau lebih popular dengan nama ‘jungle train’ ke Kelantan yang memakan masa sekitar 13 jam!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diyana Mukhayadi (@diyanamukhayadi)

Ujar Diyana, dia memang sudah lama berangan hendak mengembara ke luar negara secara solo. Namun kerana dia seorang penakut, maka dia terpaksa menunda dahulu angan-angannya itu.

 

“Aku fikir better aku try kat dalam Malaysia dulu. Jadi aku plan nak naik ‘sleeper train’ ke Kelantan sebagai permulaan tapi tetiba plot twist, kawan-kawan aku tetiba eh jom lah kita pergi sekali, maka solo trip aku ni cancel dan terus jadi trip berempat lebih baik,”

Diyana dan tiga rakannya memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL. Tujuan utama trip ini memang hanya untuk merasa pengalaman naik “sleeper train” selama 13 jam sambil Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) di Kota Bharu. Very short trip with very different experience,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diyana Mukhayadi (@diyanamukhayadi)

Anis akan kongsikan rumusan daripada perkongsian Diyana ketika bercuti bersama tiga orang rakannya di bawah. Semoga Maduners dapat rancang pengembaraan seperti ini sendiri nanti!

 

  1. Memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL.
  2. Mula-mula kena beli tiket sleeper train dahulu melalui aplikasi KTMB untuk merasai pengalaman tidur di atas katil dalam kereta api.
  3. Pilih koc berkatil iaitu Koc T6-T8. Sementara itu, koc untuk seat duduk adalah Koc T1-T3. Mereka pilih koc 8, penumpang lain tak lalu lalang untuk ke café di koc 5 dan yang paling dekat dengan kepala kereta api.
  4. Nak bergambar di Stesen Gua Musang, koc 8 adalah koc paling depan, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.
  5. Elakkan memilih katil paling depan kerana agak bising disebabkan bunyi besi menghubungkan setiap koc.
  6. Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah manakala nombor ganjil adalah katil atas. Nombor katil mereka T26, T28, T30, T32. Harga katil/berth atas adalah RM40, katil/berth bawah RM46.
  7. Disarankan memilih katil bawah kerana mempunyai ruang tingkap yang lebih luas dan panjang untuk menikmati pemandangan. Ambil perhatian, tiada plug point disediakan, oleh itu dinasihatkan untuk standby power bank.
  8. Selesai beli tiket sleeper train, baru beli tiket menuju ke Gemas dari KL Sentral dengan menaiki ETS. Tiket dibeli melalui apps KTMB dengan harga RM30. Perjalanan dari KL Sentral pada pukul 9.40 malam dan tiba di Gemas 12.10 pagi.
  9. Sleeper train akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya. Sementara menunggu kereta api, boleh naik ke ruang menunggu di tingkat atas Stesen Keretapi Gemas yang dilengkapi tandas dan surau.
  10. Selepas menaiki kereta api dan meletakkan barang di katil, boleh menjamu selera di kafe yang terletak di koc 5. Pelbagai menu disajikan antaranya hidangan mi segera, nasi, bihun dan masakan panas yang lain dengan harga berpatutan.
  11. Kereta api ini akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik sekitar awal pagi. Jadi, jangan tidur selepas Subuh kerana inilah masa yang sesuai untuk menikmati pemandangan.
  12. Penumpang ‘dihidangkan’ dengan pemandangan Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong. Sepanjang perjalanan juga disajikan pemandangan bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia iaitu Jambatan Guilemard.
  13. Wajib turun seketika di Stesen Gua Musang untuk mengambil gambar dengan kepala kereta api, dan boleh turun membeli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.
  14. Dengar ura-ura yang train 13 jam ke Kelantan ini pun akan ditamatkan operasinya tapi tak tahu bila. Jadi jika anda nak rasa this ‘once in lifetime experience’, kena cepat-cepat.

 

Mengakhiri perkongsiannya, menurut Diyana, perkhidmatan yang merupakan khazanah Malayasia berkenaan boleh ditambah baik untuk menarik lebih banyak pelancong.

Post a Comment