Wanita Lahirkan Anak Sambil Berdiri Di Hadapan Mesin ATM – Manis Madu
Wanita Lahirkan Anak Sambil Berdiri Di Hadapan Mesin ATM

Wanita Lahirkan Anak Sambil Berdiri Di Hadapan Mesin ATM

Gempar serta kecoh suasana di lokasi sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Jogjakarta apabila seorang wanita secara tiba-tiba melahirkan anak dalam keadaan berdiri, lapor laman berita Suara.com.

 

Dalam satu video yang tular di media sosial, wanita tersebut sedang berdiri dalam keadaan tergamam sambil berpaut pada sebuah dinding.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by smartgramvideo (@smartgramvideo)

Seorang lelaki yang identitinya tidak dapat dipastikan dilihat memegang bayi tersebut di belakang wanita itu dengan keadaan tali pusatnya yang masih belum dipotong.

 

Lebih menyedihkan adalah tiada seorang pun individu lain terutamanya golongan wanita tampil untuk membantu wanita itu.

 

“Allahuakbar, itu bukan Covid! Mari cik, tolong cik. Tiada apa-apa kerana itu bukan Covid,” kata perakam video tersebut.

 

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai keadaan wanita itu dan bayinya.

 

Video tersebut dimuat naik di Instagram dan menerima hampir 20,000 tontonan dengan ramai yang meluahkan rasa marah kerana tiada yang menghulurkan bantuan kepada wanita tersebut.

Post a Comment