Wanita Makan Mi Panas Sampai Keluar Asap, Netizen Dakwa Sekadar ‘Lapar’ Publisiti – Manis Madu
Wanita Makan Mi Panas Sampai Keluar Asap, Netizen Dakwa Sekadar ‘Lapar’ Publisiti

Wanita Makan Mi Panas Sampai Keluar Asap, Netizen Dakwa Sekadar ‘Lapar’ Publisiti

Aksi seorang wanita menghembus asap yang banyak dari mulutnya selepas ‘makan’ hidangan mi panas tular di media sosial.

 

Rakaman video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @sikhansuy pada Sabtu lepas dan sehingga kini meraih sebanyak 12.7 juta tontonan.

Dalam rakaman tular itu, perakam video menceritakan detik dia dan rakannya memesan semangkuk mi segera di warung tepi jalan.

 

Tiada maklumat tentang siapa wanita tersebut melainkan keterangan pada video yang menyatakan bahawa wanita itu berasa sangat lapar.

 

Dalam video tersebut, kelihatan dua gadis berada di sebuah gerai makanan menyajikan mi segera.

 

Ketika kamera beralih dari pemilik gerai kepada rakannya yang sedang menyuap mi segera, perakam video terus menjerit “panas!”

 

Kelihatan pada video itu rakannya hampir saja menyuapkan mi tersebut.

 

Namun apa yang peliknya apabila dia kemudian menghembus asap yang banyak dan mengakui bahawa mi itu sememangnya panas.

menyuap mi segera lalu menghembus asap yang banyak

Rakannya yang sempat menjamah mi tersebut terus terhenti dan menghembuskan asap yang banyak serta sempat mengakui sememangnya mi berkenaan panas sebelum rakaman berakhir.

 

Tidak diketahui sama ada ia benar berlaku namun rata-rata netizen mempertikai rakaman itu dan menganggapnya direka-reka untuk tujuan publisiti.

 

Meskipun begitu, video berkenaan telah mendapat sebanyak 1.7 juta tanda suka serta 23.2k komen sejak dimuat naik.

Post a Comment