Wanita Maut Ketika Mendaki Bukit Banang, Jatuh Gaung Sedalam 80 Meter – Manis Madu
Wanita Maut Ketika Mendaki Bukit Banang

Wanita Maut Ketika Mendaki Bukit Banang, Jatuh Gaung Sedalam 80 Meter

Tak sangka aktiviti mingguan yang sepatutnya bertujuan untuk meluangkan masa beriadah bertukar menjadi tragedy.

Aina Nabilah Yusof yang berusia 20 tahun telah maut selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 80 meter ketika mendaki Bukit Banang, Batu Pahat.

 

Menurut sumber daripada Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, kejadian tersebut telah berlaku pada jam 11.34 pagi (14 Nov 2020).

 

“Mangsa dipercayai melakukan aktiviti berbasikal, sebelum menyambung aktiviti mendaki sempena cuti umum Deepavali bersama seorang lagi rakannya.

 

“Sebuah jentera bomba dan dua kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan enam belas anggota dikerahkan ke tempat kejadian.

 

“Mayat mangsa berjaya dibawa naik kira-kira pukul 3.00 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Menurutnya lagi, wanita berkenaan disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Jabatan Kesihatan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim mengesahkan kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 

Sumber: Berita Harian

Post a Comment