Wanita Mengaku Ketagih Makan Abu Mayat Mendiang Suami – Manis Madu
Wanita Mengaku Ketagih Makan Abu Mayat Mendiang Suami

Wanita Mengaku Ketagih Makan Abu Mayat Mendiang Suami

Seorang wanita menerusi sebuah rancangan televisyen mengaku mempunyai ketagihan pelik iaitu gemar memakan abu mayat mendiang suaminya.

 

Wanita yang hanya dikenali sebagai Casie itu membuat pengakuan tersebut menerusi program televisyen My Strange Addiction.

Casie kehilangan suaminya akibat serangan asthma kronik pada 2019.  

 

Kegilaan memakan abu mayat itu bermula apabila sebahagian daripada abu tersebut tertumpah di atas tangan Casie.

 

“Selepas ia tertumpah, saya tidak mahu mengelapnya memandangkan abu mayat itu adalah suami saya. Saya juga tidak mahu membuangnya lalu saya menjilat abu itu daripada jari-jemari saya,” katanya.

 

Menurut wanita itu, dia akan mencelupkan jarinya ke dalam bekas berisi abu mayat itu dan mejilatnya.

wanita itu akan mencelupkan jarinya ke dalam bekas berisi abu mayat itu dan mejilatnya

“Rasanya seperti telur yang busuk dan pasir namun saya sukakannya. 

 

“Memandangkan saya tidak membuang suami daripada kehidupan ini, saya kemudian ‘memakannya’,” kata Casie.

 

Cassie bagaimanapun berharap ketagihan peliknya itu mampu dihentikan sebelum kesemua abu itu habis ditelan.

Post a Comment