Wanita Mengamuk Pecahkan Botol Arak Bernilai RM56,999 – Manis Madu
Wanita Mengamuk Pecahkan Botol Arak Bernilai RM56,999

Wanita Mengamuk Pecahkan Botol Arak Bernilai RM56,999

Seorang wanita bertindak luar kawalan dengan memecahkan sejumlah besar botol arak bernilai 10,000 pound (RM56, 99) ketika perintah berkurung kedua dilaksanakan di United Kingdom (UK).

 

Dalam sesi pendengaran, Mahkamah Majistret St. Albans dimaklumkan, Barbara Stange-Alvarez memusnahkan botol wain, minuman keras dan bir selepas mengamuk di pasar raya Aldi.

mabuk 1

Memetik laporan Daily Mail, wanita berusia 36 tahun dari Stevenage, Hertfordshire membuang botol arak daripada beberapa rak di pasar raya tersebut.

 

Satu rakaman video menunjukkan sebahagian lantai di pasar raya itu dipenuhi serpihan kaca botol dan air minuman alkohol, 25 November 2020.

 

Video tersebut juga menunjukkan Stange-Alvarez tergelincir lalu terjatuh ke atas serpihan kaca botol itu dan mencederakan tangannya.

 

Stange-Alvarez mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan jenayah dengan menyebabkan kerosakan, serangan yang memburukkan perkauman dan mengganggu ketenteraman awam.

 

Wanita itu dalam satu temu bual membuat pengakuan menghadapi gangguan mental kerana tidak mempunyai pekerjaan, kemurungan dan masalah keluarga.

Post a Comment