Wanita Mengamuk Pelanggan Pilih Kaedah Bayaran COD Tapi Mengelak Bayar Dan Pulangkan Kembali Barang!
Membeli belah dalam talian di zaman ini bukan sahaja boleh dibeli dimana-mana platform tetapi jenis pembayaran juga boleh dipilih. Contohnya, membayar secara online banking, menggunakan kad kredit atau debit, menggunakan kaedah cash on delivery (COD), ansuran dan lain-lain.
Kaedah cash on delivery (COD) menjadi salah satu cara yang digemari para pelanggan memandangkan dengan kaedah tersebut, barang yang dibeli akan sampai terlebih dahulu kemudian barulah pelanggan membayar harga barang kepada penghantar.
Namun, apa yang menjadi isu jika menggunakan kaedah ini, pelanggan tidak bersedia terlebih dahulu untuk membuat pembayaran seperti tiada di rumah ketika waktu penghantaran atau yang lebih teruk, sengaja tidak mahu bayar dan memulangkan barangan tersebut kepada penjual.
Perkara seperti itu menyebabkan barang yang dihantar akan dipulangkan semula ke penjual oleh kerana status penghantaran tidak berjaya dan kerugian perlu ditanggung pihak penjual.
Baru-baru ini, terdapat seorang wanita yang juga seorang penjual melempiaskan rasa marahnya terhadap kerenah pelanggan kerana acap kali barang yang dipos akan dipulangkan kembali kerana tidak berjaya dihantar ke alamat penerima.
@ceksueeeMacam org bodo hampa buat seller!
“Lepas ni jangan dok minta nak COD dah, aku tak mau buka dah dekat hampa. Kalau hari-hari hang balik penat-penat, penat packing lawa-lawa macam ni lepas tu hang balik-balik, barang tu return. Dia ada dekat sini!” sambil melemparkan barang pelanggan yang dipulangkan kembali ke rumahnya.
Menurut wanita berkenaan, dia sudah penat apabila setiap hari perlu berdepan kerenah pelanggan seperti ini dan tidak akan menerima kaedah pembayaran sebegitu lagi di masa akan datang.
“Macam orang bodo hampa buat seller!” tulisnya di ruangan caption.
Meninjau di ruangan komen, video berkenaan mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen. Kebanyakan daripada mereka menyokong tindakan wanita tersebut kerana memahami rasa kesal jika diperlakukan sedemikian oleh pelanggan.
“Aku pernah kerja Ninja Van. Berlambak barang COD, customer order lepas tu bila pi hantaq kata aku scam depa. Dah order COD lepas tu tak ada duit, tak mau bayaq. Kata aku scam siap nak report,”
“Yang nak order COD, make sure ada di rumah sentiasa. Tak pun track barang, call courier. Sama-sama memudahkan semua pihak,”
“Untuk side pembeli, kalau barang COD tu kena aware sebab takut terlepas pandang. Kita pembeli kena sentiasa check barang kat mana,”
Memang angin satu badan jawabnya kalau dah pos tiba-tiba pelanggan pulangkan balik dan tak nak bayar. Tak adil untuk peniaga!