Wanita Minta Sos Pedas Lebih, Tak Sangka Peniaga Tergamak Buat Begini! – Manis Madu
Wanita Minta Sos Pedas Lebih, Tak Sangka Peniaga Tergamak Buat Begini!

Wanita Minta Sos Pedas Lebih, Tak Sangka Peniaga Tergamak Buat Begini!

Membuat pesanan dalam talian memang memudahkan. Kita tak perlu beratur, bersiap untuk keluar membeli makanan dan tidak perlu gunakan tenaga. Hulur duit jerr!

 

Tetapi membeli makanan dalam talian ada juga kekurangannya. Sebagai contoh, kita tak dapat memesan makanan mengikut kehendak kita seperti nak yang kurang pedas, tak nak sayur, nak lebih itu ini dan lain-lain permintaan. Kadang-kadang dah tulis sebelum memesan tetapi tetap tak dapat apa yang diminta.

 

Lain pula cerita seorang pengguna TikTok yang berkongsi kisahnya baru-baru ini.

 

Menurut perkongsiannya melalui akaun @nangka_muda, wanita itu meminta agar nasi goreng yang dipesannya diletakkan sos lebih dan pedas. Permintaan itu ditulis sebanyak 8 kali di ruangan nota dalam aplikasi.

@nangka_mudahabis separuh botol sos dia bagi.. tapi i is suka sebab pedas HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHA♬ original sound – Ratna Bader – Ratna🌸🦋

Apa yang mengejutkan setelah dia menerima pesanan, nasi goreng pattaya yang dibelinya dilimpahi sos pedas yang sangat banyak oleh peniaga. Memang betul-betul dia bagi lebih!

 

“Habis separuh botol sos dia bagi tapi I is suka sebab pedas,” tulisnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan situasi yang berlaku kepada wanita itu.

 

“Dalam nota tu tulis 8 kali sos lebih so dia letak 8 kali tuangan. Jadi camtu la, bagus penjual tu jujur. Hahaha,”

 

“Masa dia tuang tu mesti dengan muka ‘ko nak sangat kan haa’”

 

“Jadi kuah beb,”

 

Selalunya kalau letak sebaris jerr permintaan, kedai terlepas pandang!

Post a Comment