Wanita Sangka Tahi Lalat Membesar Kerana Hormon Rupa-Rupanya Kanser Kulit
Jangan ambil mudah dengan perubahan pada diri meskipun perubahan itu cumalah perubahan kecil.
Mengikut laporan Metro.uk, seorang wanita menyangka tahi lalat di pipinya hanyalah tahi lalat biasa rupa-rupanya dia mengalami kanser kulit.
Wanita yang dikenali Megin Davies ini mula merasakan tahi lalat di pipinya menjadi besar semasa dia sedang mengandung.
Pada mulanya dia hanya menyangka perubahan tersebut mungkin ada kaitannya dengan perubahan hormon memandangkan dia sedang mengandungkan anak keempat.
Bagaimanapun, seorang doktor gigi dari Brisbane, Australia itu menasihatkan Megin untuk membuat pemeriksaan tahi lalatnya.
Selepas pemeriksaan, wanita yang berusia 40 tahun itu sangat terkejut apabila disahkan menghidap kanser melanoma tahap dua pada Februari lalu iaitu setahun selepas kelahiran anak perempuannya, Bella-Reign.
Megin memberitahu bahawa itu adalah hormon kehamilan yang mempercepatkan lagi pertumbuhan sel kanser. Dia sangat terkejut dan tidak tahu perkara itu boleh berlaku.
“Saya tidak pernah menyangka menghidap kanser kulit disebabkan tahi lalat kecil di pipi ini sepanjang hidup saya” – Megin Davies
Megin yang juga ibu kepada Tiana, 18, Cooper, 14, dan Chobi, 7, terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang tahi lalat serta kulit berukuran tiga sentimeter (cm) dari hidung ke dagunya.
Pembedahan tersebut meninggalkan parut selebar 3cm dan panjang 12cm bagi mengelak kanser dari terus merebak.
Sumber Featured Image: Metro.uk