Wanita Serik! Tak Sedar Terbawa ‘Makhluk Berbulu’ Masuk Dalam Pawagam – Manis Madu
Wanita Serik! Tak Sedar Terbawa ‘Makhluk Berbulu’ Masuk Dalam Pawagam

Wanita Serik! Tak Sedar Terbawa ‘Makhluk Berbulu’ Masuk Dalam Pawagam

Baru-baru ini satu perkongsian daripada seorang wanita menarik perhatian netizen apabila berlaku satu kejadian tak disangka ketika hendak menonton filem di pawagam.

 

Menurut wanita itu, ketika sampai di panggung wayang dia menyedari tidak membawa beg tangan lalu menggunakan sahaja apa-apa beg yang ada di dalam kereta.

 

Namun, tidak disangka-sangka setelah habis menonton baru disedari ternyata dia membawa sekali kucingnya yang bernama ‘Milo’ di dalam beg tersebut.

membawa sekali kucing ke pawagam di dalam beg

“Sampai habis wei, aku tengok cerita Mat Kilau. Rupanya ‘Milo’ kucing aku ada dalam beg tu,” tulisnya dalam video berkenaan.

 

Rata-rata netizen berkata, kejadian itu ada hikmahnya dia terbawa kucing tersebut ke dalam panggung wayang.

 

“Mujur terbawak masuk wayang, kalau tak kesian Milo tertinggal dalam kereta,”

 

“Nasib baik bawak dia, kalau tak takut lemas dalam kereta tu,”

 

Video berkenaan mendapat 156.5k tontonan, 10.3k tanda suka disertai 387 komen di laman TikTok.

@eina_emy Ya Allah ak dah serik 😭.. kali ni kena lbh berhati² 😓 #seram #horror #tgv #takfyp ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Post a Comment