Wanita Sifatkan ‘Penangkapan’ Perbualan WhatsApp Anak-Anak Sebagai Wake Up Call Buat Ibu Bapa Lain – Manis Madu
Wanita Sifatkan ‘Penangkapan’ Perbualan WhatsApp Anak-Anak Sebagai Wake Up Call Buat Ibu Bapa Lain

Wanita Sifatkan ‘Penangkapan’ Perbualan WhatsApp Anak-Anak Sebagai Wake Up Call Buat Ibu Bapa Lain

Perkembangan kanak-kanak di zaman teknologi ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Kadang-kadang mereka lebih bijak menggunakan pelbagai aplikasi berbanding ibu bapa mereka. 

 

Oleh itu, menjadi tugas golongan lebih tua untuk menasihati atau mengawal aktiviti mereka di alam maya.

 

Baru-baru ini, melalui satu hantaran di Facebook oleh Suziana Basa, wanita itu mendedahkan ‘penangkapan’ aktiviti kanak-kanak di ruang sembang WhatsApp.

“Ni antara budak yang sunyi masa PdPR…tapi rancak pula di group WhatsApp single & taken,” tulis wanita tersebut.

Dalam hantaran itu menunjukkan tangkap layar antara dua orang budak yang mencuba berkenalan dan ‘berkasih sayang’ sesama mereka.

 

Perkara ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya geli dengan ‘aksi’ itu dan membandingkan kanak-kanak zaman dahulu dengan sekarang.

 

“Tak best budak sekarang. Dulu starter pack kitorang pakai biodata je. Dapat biodata kira win la,” komen Sharul Shazwan.

 

“Macam mana nak bagi pickup line dik, eja ‘kantoi’ pun bunyi ‘kantai’. Adik pi belajaq mengeja dulu,” tulis Ahmad Zakiey.

 

“Duit pun mak kasi ada hati nak bi bi bi bagai. Geli geleman aku,” @Izham Samuel.

 

Wanita itu juga menyifatkan ‘penangkapan’ itu sebagai wakeup call kepada ibu bapa supaya tidak lalai dan mengingatkan mereka untuk memeriksa telefon anak-anak.

Post a Comment