Wanita Temui Alat Penjejak Dalam Beg, Gunakan Platform TikTok Untuk Sebar Kesedaran – Manis Madu
Wanita Temui Alat Penjejak Dalam Beg

Wanita Temui Alat Penjejak Dalam Beg, Gunakan Platform TikTok Untuk Sebar Kesedaran

Isu keselamatan merupakan antara perkara terpenting yang perlu dititikberatkan oleh kaum wanita. Bukan bermaksud keselamatan bagi lelaki tak penting tapi wanita perlu extra berjaga-jaga soal keselamatan.

 

Baru-baru ini seorang wanita berasal dari Texas membuat sebuah perkongsian di laman TikTok tentang kejadian yang berlaku pada dirinya.

Menurut video yang dikongsi, Sheridan Ellis berkata, dia keluar untuk meraikan sambutan hari lahir rakannya pada malam hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sheridan Ellis ☽ (@sheridanellis)

Selepas selesai majlis dan pulang ke rumah, Ellis mengemas beg tangan yang dibawa dan mendapati terdapat alat penjejak dalam beg berkenaan! 

 

Lebih mengejutkan, alat tersebut bukan milik Ellis dan dia juga tidak tahu bagaimana alat itu boleh berada di dalam beg sehingga dibawa balik ke rumah.

 

“Saya tengah bersihkan beg tangan saya dan saya jumpa ini! (tunjukkan alat penjejak)

 

“Kalau anda tak tahu ini apa, ia adalah sejenis alat pengesan. Ia bukan milik saya dan saya tak tahu macam mana boleh berada dalam beg. Saya cepat-cepat buang bateri, jangan risau,” ujarnya.

 

Ellis juga menjelaskan telah bertanya kepada rakan-rakan sama ada mereka kehilangan alat penjejak namun tidak ada seorang pun dari rakannya yang kehilangan alat tersebut.

 

Sebelumnya, Ellis yang gemar memuat naik tentang hasil seni yang dikomersialkan bertindak merakam video untuk menyebarkan kesedaran tentang hal berkenaan.

 

“Periksa beg tangan anda dan jagalah keselamatan diri di luar sana,” tambahnya lagi.

 

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas perkongsian tersebut dan saling berpesan untuk lebih berhati-hati soal keselamatan.

 

Untuk rekod, video berkenaan meraih 1 juta tontonan di TikTok.

Post a Comment