Wanita Tularkan Kedai Jual Tiram Besar RM6, Tak Sangka Ini Balasan Dia Dapat! – Manis Madu
Wanita Tularkan Kedai Jual Tiram Besar RM6, Tak Sangka Ini Balasan Dia Dapat!

Wanita Tularkan Kedai Jual Tiram Besar RM6, Tak Sangka Ini Balasan Dia Dapat!

Sejak dua menjak ini, makanan laut seperti tiram atau oyster semakin mendapat permintaan tinggi di pasaran. Tiram kini boleh didapati dengan mudah, tinggal nak cari yang segar dengan harga yang berpatutan saja!

Wanita Tularkan Kedai Jual Tiram Besar RM6, Tak Sangka Ini Balasan Dia Dapat!

Buat Maduners yang pertama kali nak mencuba makan tiram, adalah lebih baik untuk membeli tiram di kawasan berdekatan laut untuk menjamin kesegaran tetapi harganya mungkin sedikit mahal.Β 

 

Namun, membayar dengan harga mahal adalah lebih baik daripada beli dengan harga murah. Ini kerana dikhuatiri tiram tersebut sudah tidak segar lagi dan berisiko terkena keracunan makanan.

 

Seperti mana yang berlaku kepada seorang wanita yang berkongsi pengalamannya memakan tiram di laman TikTok.

 

Menurut akaun wanita tersebut, dia ada memuat naik video ketika ke satu kedai yang menjual tiram dengan harga murah. Dikhabarkan, di kedai tersebut pelanggan boleh mendapatkan tiram bersaiz besar dengan harga RM6 sahaja!

@notmytypeatall Just my opinion, tak semua benda viral tu sedap and please look at the oysters colour. I went there last night and at 2AM aku MUNTAH HITAM 3 KALI NON STOP! Oyster dia buat aku mual bila teringat. Tak fresh 😷and hygiene kedai πŸ‘ŽπŸ» Oyster RM6 sekeping tapi thank you next! #oystermurahpj #medanselera223 #viralfood #oystermurah #sorry #pov #fyp ♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

β€œOyster RM6 memang murah tapi tak berbaloi dengan sakit yang kau dapat,” tulis wanita itu dalam videonya.

 

Difahamkan, selepas makan tiram di kedai tersebut, dia mengalami gejala muntah-muntah dan sakit perut dipercayai gara-gara tiram yang tidak segar dan berwarna hitam!

 

β€œI went there last night and at 2AM, aku MUNTAH HITAM 3 KALI NON STOP! Oyster dia buat aku mual bila teringat. Tak fresh dan hygiene tak memuaskan. Oyster RM6 sekeping tapi thank you next!” cerita wanita itu lagi.

 

Di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan nasihat agar sesiapa yang mahu memakan tiram, pilihlah tiram yang segar dan menasihatinya untuk tidak memakan tiram di sembarangan kedai.Β 

 

β€œAda la sebabnya raw oysters sangat mahal,”

 

β€œNoo jangan makan oyster macam ni melainkan kedai Jepun/kedai yang memang jaga makanan fresh. Ni experience mak saya makan, dia lembik sampai pergi emergency sebab keracunan,”

 

β€œOyster yang tak fresh tak boleh makan raw, kena masak! Kalau tak dia jadi toxic dalam badan,”

 

Dalan pada itu, ada juga netizen yang berkongsi terkena nasib yang sama dengan wanita tersebut setelah makan di kedai yang sama.

 

β€œMakan situ at 8pm, girlfriend I cirit 4 hours later, I cirit next day. Good news, I lost 1.5kg in a day,”

Ghisauuuu ya makan tiram yang tak segar kemudian kena keracunan! Hati-hati buat korang yang baru pertama kali nak cuba makan tiram atau yang β€˜hantu oyster’. Pilih dan tengok betul-betul tahap kesegaran tiram itu ya!

Post a Comment