Warga Emas Dipenjara 14 Minggu Kerana Keluar Ke Kedai Beli Makanan & Surat Khabar – Manis Madu
FI Warga Emas Dipenjara 14 Minggu Kerana Keluar Ke Kedai Beli

Warga Emas Dipenjara 14 Minggu Kerana Keluar Ke Kedai Beli Makanan & Surat Khabar

Seorang warga emas lelaki dihukum penjara selama 14 minggu setelah berulang kali didapati melanggar peraturan ketika Covid-19, lapor Metro.co.uk.

 

Peter Shields, 64, pulang ke Isle of Man dari United Kingdom (UK) pada 7 April lalu yang mana pada ketika itu adalah waktu dia sepatutnya menjalani kuarantin.

Namun, dia tanpa rasa bersalah melanggar tempoh kuarantin dengan keluar ke kedai untuk membeli surat khabar dan makanan.

 

“Orang yang mementingkan diri seperti anda memang layak dihukum.

 

“Anda berisiko menyebarkan virus Covid-19 ketika kita dalam proses untuk pulih daripada semua sekatan,” kata hakim, Jayne Hughes.

 

Semua penduduk di bandar berkenaan yang pulang dari lokasi luar diwajibkan menjalani kuarantin kendiri di rumah berasingan daripada ahli keluarga yang lain, kecuali sekiranya mereka turut bersama-sama melakukan perjalanan tersebut.

 

Tempoh kuarantin perlu berlangsung selama 21 hari atau 14 hari jika seseorang menjalani ujian calitan setiap beberapa hari.

Post a Comment