Warga Emas Disolek MUA, Terus Nampak Macam Anak Dara! – Manis Madu
Warga Emas Disolek MUA, Terus Nam

Warga Emas Disolek MUA, Terus Nampak Macam Anak Dara!

Solekan memang mampu menaikkan keyakinan seseorang dan boleh dikatakan perkara wajib buat kebanyakan wanita zaman sekarang. Penerimaan orang ramai berkenaan solekan juga sudah lebih terbuka berbanding dahulu.

 

Selain boleh meningkatkan keyakinan seseorang dan menaikkan seri di wajah, solekan juga boleh menjadikan seseorang lebih muda daripada umur asal. Warga emas boleh bertukar jadi anak dara!

 

Ini berikutan satu video yang tular di Twitter baru-baru ini memperlihatkan seorang warga emas berubah menjadi muda selepas mendapat sentuhan tangan seorang make-up artists (MUA). Pangling orang Indonesia cakap!

MUA berkenaan difahamkan memuat naik video tersebut bertujuan sekadar berkongsi hasil solekan pada wajah warga emas berkenaan namun tidak menyangka video itu mendapat perhatian ramai.

 

Dapat dilihat melalui video itu, wajah wanita terbabit ditatarias menggunakan foundation yang banyak dengan tona yang lebih cerah selain menggunakan teknik tertentu untuk menegangkan kulit wanita berusia itu. Hasilnya memang nampak jauh lebih muda dan berseri-seri.

 

Di ruangan komen, reaksi berbeza-beza diberikan daripada warganet mengenai hasil solekan tersebut. Ada yang kagum dan tidak kurang juga yang seram dengan hasil solekan itu.

 

Terdapat juga warganet yang berseloroh mengingatkan untuk orang ramai lebih berhati-hati ketika berkenalan melalui aplikasi media sosial kerana bimbang ditipu.

 

“Waduhh, bahaya ini. Buat yang suka sembarangan meet up, hati-hati ya. Jangan sampai ditipu. Hahaha,” komen seorang netizen.

 

“Dari ini kita belajar bahawa pembohong bukanlah laki-laki,” tambah komen lainnya.

Post a Comment