World Oceans Day 2020: 5 Hidupan Laut Aneh & Mengagumkan! – Manis Madu
World Oceans Day 2020: 5 Hidupan Laut Aneh & Mengagumkan!

World Oceans Day 2020: 5 Hidupan Laut Aneh & Mengagumkan!

Bersempena World Oceans Day 2020, Madu nak kongsi tentang beberapa spesies hidupan yang aneh dan jarang dijumpai.

 

World Oceans Day merupakan hari yang diraikan oleh rakyat serantau dunia untuk mengingati betapa pentingnya lautan dalam kehidupan kita.

World Oceans Day dapat meningkatkan kesedaran kepada manusia dan menginspirasi tindakan berterusan sepanjang tahun untuk melindungi dan memulihkan laut.

 

Alang-alang dah cerita mengenai World Oceans Day, Madu nak kongsi dengan Maduners antara hidupan laut yang aneh yang mungkin Maduners masih tak tahu kewujudannya!

1. Clown Frogfish

juvenile Clown frogfish

Sumber Gambar: Flickr.com

Clown Frogfish, atau nama saintifiknya, Antennarius Maculatus merupakan sejenis ikan yang boleh dijumpai di sekitar lautan Indonesia.

 

Bila tengok Clown Frogfish ini, Madu jadi keliru sama ada ia ikan atau sejenis tumbuhan laut sebab bentuknya yang sebegitu aneh.

 

Selain itu, Clown Frogfish ini merupakan sejenis karnivor, ia boleh makan ikan-ikan yang lalu di sekeliling dia.

2. Basket Star

Basket Star

Sumber Gambar: Flickr.com

Basket Star, juga dikenali sebagai Shetland Argus merupakan salah satu hidupan laut yang mempunyai ciri yang unik. Kebanyakan hidupan ini mempunyai lengan bercabang yang kelihatan sama seperti akar pokok.

 

Antara fakta mengagumkan yang telah disebut dalam artikel oleh Amang dari Umpan tentang hidupan ini ialah ia mampu hidup untuk 35 tahun! Walaupun ia jarang ditemui, ianya boleh dijumpai di dasar laut Red Sea.

3. Sea Scorpion

Sea Scorpion

Seterusnya, Sea Scorpion atau nama saintifiknya, Eurypterid yang telah pun pupus di lautan. Walaupun Sea Scorpion ini telah pupus spesiesnya, Madu tetap nak kongsi betapa uniknya bentuk hidupan marin ini.

 

Kalau Maduner tengok sendiri, bentuknya nampak seperti kombinasi udang, ketam dan juga kala jengking. Kalau jumpa depan-depan ini, boleh pengsan Madu dibuatnya.

4. The Dumbo Octopus

Dumbo Octopus

Sumber Gambar: Flickr.com

Pernah dengar tak kartun animasi Disney iaitu Dumbo? Seperti yang dikatakan oleh Dan Shapley, The Dumbo Octopus merupakan sejenis sotong yang mempunyai sirip yang berbentuk seperti telinga kartun Dumbo.

 

The Dumbo Octopus juga merupakan hidupan yang tidak berbahaya kepada manusia, berbeza dengan ikan jerung yang jauh lebih agresif.

5. Axolotl

Axolotl

Sumber Gambar: Flickr.com

Akhir sekali, hidupan marin yang sangat comel iaitu Axolotl. Nama lain bagi Axolotl ialah salamander Mexico, dan malangnya, hidupan ini merupakan spesies yang hampir pupus di muka bumi ini.

 

Kalau Maduner nak tahu, ada berjuta-juta lagi hidupan laut lain yang lebih aneh daripada semua yang Madu dah kongsikan tadi.

 

Jadi, kita seeloknya mengambil serius tentang pentingnya menjaga lautan supaya spesies hidupan marin dapat kekal dengan lebih lama.

Post a Comment