Wow! Che Puan Juliana Evans Antara 100 Tercantik Di Dunia – Manis Madu
Wow! Che Puan Juliana Evans Antara 100 Tercantik Di Dunia

Wow! Che Puan Juliana Evans Antara 100 Tercantik Di Dunia

Berita gembira buat peminat Juliana Evans kerana dirinya telah tersenarai dalam 100 Wanita Tercantik Di Dunia 2020.

 

Kalau Maduners nak tahu, undian ini dikendalikan oleh laman web Starmometer yang mana orang ramai boleh mengundi idola wanita mereka yang mereka rasa paling cantik di dunia.

Juliana Sophie Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans telah berjaya menduduki tangga ke-72 mengalahkan beberapa artis wanita yang lain seperti Emma Stone di tangga ke-75, Taylor Swift (76) dan Amanda Seyfried (78).

Madu rasa memang layak Juliana Evans tersenarai dalam 100 Wanita Tercantik di Dunia kerana pada usia 31, Juliana masih kelihatan seakan berada dalam julat usia 20-an yang mana wajahnya kelihatan ayu dan manis.

 

Menurut temubual Juliana Evans bersama Harian Metro, dia sendiri tidak tahu mengenai undian tersebut tetapi sangat menghargai usaha peminatnya yang mengundi untuk dirinya.

Juliana Evans dan suaminya juga pada tahun lepas, telah berjaya menimang cahaya mata yang telah diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.

 

Selena Gomez, Gal Gadot, Priyanka Chopra dan Emma Watson juga antara artis daripada Hollywood yang tersenarai dalam 100 Wanita Tercantik Di Dunia 2020.

 

View this post on Instagram

 

Semoga Allah merahmati keluarga ini amin….. 🤲🏻

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

Tahniah Madu ucapkan kepada Juliana Evans, semoga diri kekal sihat dan bahagia disamping keluarga. ~Stay pretty~

Post a Comment