Wow! Fattah Amin Tercalon Dalam 100 Lelaki Paling Kacak Di Dunia! – Manis Madu
Fattah Amin Tercalon Dalam 100 Lelaki Paling Kacak Di Dunia

Wow! Fattah Amin Tercalon Dalam 100 Lelaki Paling Kacak Di Dunia!

Nama Fattah Amin rasanya tak perlu Madu kenalkan lagi kan? Wajah beliau sering menghiasi slot drama Melayu sebagai watak utama.

 

Meskipun di awal kerjaya, netizen yang lantang dah labelkan Fattah Amin sebagai kayu kerana lakonan yang dilakonkan tapi sekarang dia dah buktikan mampu memberikan mutu lakonan yang lebih berkualiti dan menjadi selebriti yang mempunyai kelas tersendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Untuk pengetahuan Maduners, baru-baru ini Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin telah tercalon dalam pencalonan Lelaki Paling Tampan 2020 menerusi pengumuman rasmi di laman Instagram rasmi @tccandler pada 1 September lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TC Candler (@tccandler)

TC Candler memilih calon terakhir untuk 100 Wajah Paling Tampan 2020 berdasarkan penilaian undian dan komen terbanyak yang dilakukan oleh peminat di saluran YouTube rasmi TC Candler.

 

Senang cerita Madu nak cakap yang pencalonan Fattah Amin dalam senarai ini membuktikan dirinya setanding artis antarabangsa kerana ramai artis luar negara turut tersenarai dalam kategori tersebut. Antaranya artis Korea Park Seo Joon, Hyun Bin, dan artis Hollywood seperti Chris Hemsworth, Robert Pattinson dan artis Bollywood Hrithik Roshan.

 

Untuk rekod, pelakon Henry Golding juga pernah menduduki tempat ke-84 bagi senarai ini pada tahun 2018 dan beliau masih tercalon pada tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TC Candler (@tccandler)

Tahun ini merupakan tahun ketujuh TC Candler menganjurkan senarai lelaki terkacak di dunia yang antara penyandang gelarannya dari tahun 2013 adalah Michael Fassbender, Jamian Dornan (2014), Diego Boneta (2015), Michiel Huisman (2016), V BTS (2017), Jason Momoa (2018) dan Jungkook BTS (2019).

 

TC Candler adalah sebuah organisasi yang diasaskan oleh TC Candler yang berasal dari London. The world famous 100 MOST BEAUTIFUL FACES LIST merupakan antara acara yang ditunggu-tunggu orang ramai, dianjurkan sendiri oleh TC Candler setiap tahun.

 

Agaknya tahun siapa akan menyandang gelaran Most Beautiful Face? Mampukah Fattah Amin menjadi juara? Sama-sama Madu dan Maduners kita tunggu!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment