“Yang Penting Kerja Halal, Duit Masuk” Gadis Tak Kisah Kerja KFC Walaupun Ada Degree – Manis Madu
“Yang Penting Kerja Halal, Duit Masuk” Gadis Tak Kisah Kerja KFC Walaupun Ada Degree

“Yang Penting Kerja Halal, Duit Masuk” Gadis Tak Kisah Kerja KFC Walaupun Ada Degree

Definisi kejayaan buat seseorang itu berbeza. Tidak semestinya memiliki pekerjaan yang hebat, rumah besar, kereta mewah atau wang yang banyak dianggap berjaya. Kadang-kadang, dapat menjalani kehidupan dengan bahagia juga sudah memadai buat seseorang.

 

Baru-baru ini tular di laman TikTok apabila seorang gadis memuat naik sebuah video menunjukkan perbezaan bidang yang diambilnya ketika zaman belajar dengan pekerjaannya sekarang.

Dalam video tersebut, gadis tersebut berkongsi bahawa dahulu dia merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Sains kepujian (Kimia) dan kini bekerja sebagai pekerja di restoran makanan segera KFC.

 

“Bukan pekerjaan yang sempurna tetapi rezeki ini adalah dari Allah,” tulisnya.

 

Melihat di ruangan komen, video berkenaan mendapat reaksi yang pelbagai daripada warganet. Ada yang mempermainkan dan memperlekehkan namun tidak kurang juga yang menitipkan kata-kata positif buat gadis ini.

 

It’s okay. Belajar tinggi ada ilmu di dada berbeza dengan kerja tanpa ilmu. Yang membezakan awak dengan orang yang tak belajar tinggi adalah cara awak berfikir dan bertindak,”

 

“Bagus! Ada degree chemistry tapi tak memilih kerja. As long as you usaha untuk ada pendapatan sendiri. Semoga berjaya dikk,”

 

Tidak kurang juga warganet yang meluahkan berada di situasi yang sama dengan gadis ini.

 

“Kawan saya ada masters, kerja penjual wafer je you. Kalau nak tunggu betul-betul bidang kita, emm tak makan la. It’s okay la kerja apa, asal perut kenyang,”

 

Sis degree 4 tahun last-last jadi cleaner kat Singapore. Yang penting duit halal masuk sudah la,”

 

Zaman sekarang, nak cari kerja ikut bidang bukan senang. Kalau ada peluang, sauk jerr asalkan ada kerja dan ada sumber pendapatan nak teruskan hidup!

Post a Comment