YouTuber Yang Disyaki Mencabul Wanita Bebas Dengan jaminan Polis – Manis Madu
youtuber_dakwaan-cabul-terhadap-seorang-wanita

YouTuber Yang Disyaki Mencabul Wanita Bebas Dengan jaminan Polis

Media sebelum ini melaporkan, seorang YouTuber ditahan polis dipercayai mencabul seorang wanita dalam kejadian di Kubang Kerian awal Ogos lalu.

Lelaki berusia 22 tahun itu sebelum ini direman tiga hari sebelum dibebaskan, namun siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis.

 

YouTuber berkenaan ditahan reman pada Khamis, lalu dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

 

“Ya, lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Pihak polis masih teruskan lagi siasatan yang belum lengkap,” katanya.

 

Lelaki berkenaan ditahan selepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 10 Ogos lalu.

 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata kejadian itu dipercayai berlaku selepas sesi penggambaran sebuah drama Youtube awal Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian, di sini.

 

“Kejadian berlaku pada pagi 1 Ogos lalu membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun yang juga pelakon dalam drama terbabit,” katanya.

Post a Comment