Yuna Sekali Lagi Menghiasi ‘Billboard’ Di Kota New York – Manis Madu
Yuna Sekali Lagi Menghiasi ‘Billboard’ Di Kota New York

Yuna Sekali Lagi Menghiasi ‘Billboard’ Di Kota New York

Bangganya Madu, sebagai peminat Yunalis Zarai, kini sudah kali ketiga dirinya muncul di papan Billboard di Times Square, New York.

 

Bukan sekali, bukan dua kali tetapi tiga kali Yuna membuktikan dirinya penyanyi yang bertaraf antarabangsa.

 

Kini untuk kali ketiga, Spotify meletakkan imej Yuna di papan Billboard yang terletak di Times Squares, New York bagi meraikan kempen bulan Warisan Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik.

 

Siapa saja tidak gembira apabila wajah dirinya terpampang dengan megah di kawasan tumpuan orang ramai di Kota New York. Kalau letak imej Madu, boleh pengsan Madu dibuatnya.

Yuna yang gembira dengan perkara itu telah berkongsi berita gembira tersebut dengan peminat melalui laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

STAY WHERE YOU ARE This Friday❤️ 15 May 2020

A post shared by Y U N A (@yuna) on

Post a Comment