Zizi Kirana Elak Bertunang, Mahu Terus Kahwin!
Kerana khuatir akan ujian yang bakal ditempuhi, Zizi Kirana memilih untuk tidak mengikut adat pertunangan dan hanya mahu terus melangsungkan perkahwinan.
View this post on Instagram
Zizi, 35, merasakan dirinya lebih selesa terus bernikah serta skip pertunangan yang kerana beliau melihat sendiri beberapa rakannya yang gagal dalam proses tersebut.
“Sejujurnya saya takut nak bertunang lama-lama, kalau boleh nak terus kahwin! Tak payah bertunang… Sebab tengok pengalaman orang sekeliling yang banyak berdepan ujian”.
“Ada kenalan saya yang sedang membilang hari untuk berkahwin tapi putus kerana ada hasutan-hasutan dan godaan menakutkan daripada orang sekeliling”.
“Sebab itulah orang kata nak bertunang senyap-senyap sahaja, tunjuk gambar bila dah selesai semuanya. Kita faham sebagai orang dikenali semua orang nak tahu apa kita lakukan tetapi kena sedar dugaan itu sentiasa ada!” Katanya kepada wartawan dari mStar.
Menurut perkongsian bersama portal berita mStar, Zizi lagi, beliau amat bersyukur kerana keluarganya memberinya ruang untuk membuat pilihan bakal suami buat dirinya sendiri dan tidak meletakkan sebarang syarat kepadanya.
View this post on Instagram
Zizi yang famous dengan lagunya EH itu berkata untuk mengelak dirinya membuat pilihan yang salah dalam soal siapa bakal teman hidupnya itu, dia sentiasa merujuk dan meminta nasihat dari bondanya yang tercinta.
”Selalunya saya minta pandangan ibu dahulu, sesuai tak dengan lelaki ini… Saya minta dia beritahu awal-awal kalau tak suka, jangan hubungan dah jauh baru nak kata tak suka”.
“Saya juga dah beritahu ibu kalau nak buat majlis pertunangan juga, biar hanya kami sekeluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja yang tahu, tak perlu nak heboh-heboh”.
Madu harap Zizi dipertemukan dengan bakal soulmate very soon!