13 Hidangan Tradisional Terbaik di Malaysia
Maduners mesti bangga dengan hidangan tradisional yang berasal dari negeri masing-masing. Jadi Madu nak senaraikan hidangan tradisional terbaik daripada 13 negeri di Malaysia!
1. Botok-Botok – Johor
Sumber Gambar: mat_gebu
Warga Johor mesti tahu apa itu botok-botok kan! Untuk Maduners yang tak tahu, Botok-botok adalah hidangan klasik Johor!
Botok-botok diperbuat dari ikan sebagai protein, ulam-ulaman, rempah ratus kemudian dibungkus menggunakan daun pisang dan dikukus sehingga masak!
Maduner yang nak cuba masak Botok-botok boleh guna pelbagai variasi ikan seperti ikan parang, ikan tenggiri dan lain-lain.
2. Nasi Kerabu – Kelantan
Sumber Gambar: Iluminasi.com
Siapa saja tak pernah makan dengan hidangan yang berasal dari negeri Kelantan ini, Nasi Kerabu adalah hidangan nasi yang berwarna kebiruan dengan beberapa variasi hidangan sampingan.
Antara variasi sampingan seperti daging bakar, telur masin, ikan kering, ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman.
Maduner suka makan nasi kerabu dengan hidangan sampingan apa? Madu suka makan nasi kerabu dengan daging bakar! Sedapnya.
3. Asam Pedas – Melaka
Sumber Gambar: AzieKitchen.com
Dengan rasa masam, manis dan pedas yang sempurna, Asam Pedas merupakan hidangan tradisional yang berasal dari Melaka!
Sekarang setiap negeri mempunyai versi asam pedas mereka sendiri, ada negeri yang kuahnya lebih pekat dan juga ada negeri yang rasa masamnya lebih tajam.
Kalau Maduners nak cuba rasa asam pedas Melaka boleh cuba di antara dua restoran ini iaitu Asam Pedas Claypot, Kota Laksamana dan Asam Pedas Pasar Borong Bt Berendam di Taman Merdeka.
4. Gulai Asam Rong– Pahang
Sumber Gambar: Rasa.my
Maduners yang berasal dari Pahang terutamanya daerah Jerantut dan Raub mesti tahu masakan Gulai Asam Rong ini.
Asalnya asan rong ini diperbuat dari biji getah kemudian diproses menjadi asam rong digunakan sebagai bahan utama dalam gulai asam rong ini.
Kebiasaannya, gulai asam rong dimasak bersama ikan dan sayur seperti kangkong.
5. Manok Pansoh – Sarawak
Sumber Gambar: my.asiatatler.com
Manok Pansoh atau lebih dikenali Ayam Pansuh merupakan satu masakan tradisional dalam kalangan rakyat Borneo.
Kalau Maduners nak tahu, Manok Pansoh merupakan hidangan daging ayam yang dimasak dalam buluh yang diisi dengan air.
Air yang diisi dalam buluh bersama ayam akan menjadi seakan sup kerana menyerap rasa daripada bahan lain seperti daun ubi kayu.
6. Berobok/ Barobbo – Sabah
Mesti Maduners ramai yang tak tahu apa itu berobok atau barobbo kan? Masakan tradisional Barobbo daripada Sabah ini merupakan bubur nasi jagung.
Antara masakan popular dan istimewa di Sabah, Barobbo dimasak bersama jagung pulut ataupun pilihan yang lebih popular pada masa kini, jagung manis.
7. Nasi Dagang – Terengganu
Masakan tradisional daripada negeri Terengganu ini sudah tentu Maduners dah kenal, Nasi Dagang!
Berbeza daripada versi Kelantan, nasi dagang Terengganu menggunakan campuran beras biasa dan beras pulut dan dikukus bersama santan kelapa.
Nasi dagang Terengganu dihidangkan bersama kuah nasi dagang bersama ikan tongkol dan acar timun.
8. Masak Lemak Daging Salai – Negeri Sembilan
View this post on Instagram
Maduners yang sukakan masakan pedas mesti akan suka dengan masakan tradisional yang berasal dari Negeri Sembilan iaitu masak lemak daging salai!
Masakan ini selalunya dimasak bersama belimbing buluh menambahkan kesedapan yang lagi mantap!
9. Rendang Tok – Perak
Sumber Gambar: Tengkubutang.com
Hidangan yang popular ketika hari raya dan musim perkahwinan sudah tentu rendang tok yang berasal dari negeri Perak!
Rendang Tok adalah hidangan yang menggunakan daging sebagai protein memerlukan masak yang agak lama untuk menyiapkan hidangan ini.
10. Nasi Kandar – Pulau Pinang
Sumber Gambar: FreeMalaysiaToday.com
Kalau berbual tentang nasi kandar sudah tentu kena cuba nasi kandar di Pulau Pinang.
Nasi Kandar merupakan nasi kukus yang biasa tetapi digabungkan dengan hidangan sampingan dan juga kuah campur dan banjir memberikan nikmat yang unik.
Maduners boleh pilih pelbagai variasi untuk melengkapkan hidangan nasi kandar seperti telur ikan, sotong, udang, ayam goreng dan lain-lain lagi.
11. Ringgi/ Emping – Perlis
Makanan menarik di Perlis yang wajib anda cuba.
Emping atau ringgi pic.twitter.com/LZvaNBdZUI
— PerlisInderaKayangan (@OhMyPerlis) March 8, 2017
Makanan tradisi di negeri Perlis iaitu ringgi atau emping ini diperbuat daripada Padi Pulut muda yang ditumbuk sehingga nipis dan dikeringkan.
Kebiasaannya cara makan ringgi ini adalah bersama isi kelapa yang sudah diparut dan juga gula.
12. Gulai Batang Pisang – Kedah
View this post on Instagram
Hidangan yang kini agar sukar untuk dijumpai iaitu Gulai Batang Pisang yang berasal dari negeri Kedah.
Hidangan yang popular di Kedah terutamanya di kawasan pedalaman seperti daerah Sik dan Baling ini selalunya dihidangkan pada majlis kenduri kahwin.
Kerumitan untuk menyediakan hidangan ini serta agak sukar untuk mencari bahan utama iaitu batang pisang menyebabkan gulai batang pisang ini jarang dijumpai di kedai makan.
13. Nasi Ambeng – Selangor
View this post on Instagram
Antara hidangan favourite Madu iaitu Nasi Ambeng yang merupakan masakan Jawa popular di negeri Selangor!
Secara tradisional, nasi ambeng dihidangan di dalam dulang dengan saiz hidangan yang agak banyak supaya boleh dikongsi empat hingga lima orang di hari -hari istimewa terutamanya.