28,000 Wanita Arab Saudi Berminat Mohon Jawatan Pemandu Kereta Api
Seramai 28,000 pemohon wanita berminat menjadi pemandu kereta api selepas iklan tawaran kerja tersebut disiarkan di Arab Saudi, lapor BBC News.
Pengendali kereta api Sepanyol, Renfe berkata, pihaknya memerlukan seramai 30 wanita untuk direkrut menjadi pemandu pengangkutan awam itu.
Jelasnya, penilaian dilakukan berdasarkan ujian dalam talian mengenai latar belakang akademik calon dan kemahiran bahasa Inggeris.
“Seramai 30 calon yang layak dan terpilih nanti bakal memandu kereta api yang menghubungkan bandar Mekah dan Madinah selepas menjalani latihan berbayar selama setahun,” jelasnya.
Menurut Renfe, pihaknya komited membuka peluang kepada golongan wanita dalam sektor perniagaan tempatan.
Katanya, seramai 80 pekerja lelaki dilantik untuk memandu kereta api di Arab Saudi selama ini.
Sebelum ini, peluang pekerjaan bagi golongan wanita hanya terhad untuk menjadi guru dan petugas perubatan.
Namun, Arab Saudi mula mengubah polisi tersebut dengan membuka peluang kepada wanita untuk memandu di negara itu sejak 2018.