5 Buku yang Seronok Dibaca Apabila Dikuarantin Semasa Covid-19
Hai Maduners! Kali ni, Madu ingin mengajak korang membaca buku di rumah pula! Kalau asyik tengok TV dan telefon saja kan boleh menyakitkan mata. Jadi…. Jom!! Rehatkan mata dan tenangkan hati dengan membaca!! Let’s Get It!!
Buku yang akan Madu cadangkan ialah berdasarkan pilihan Madu sendiri. Kalau ada buku yang menarik perhatian Maduners, kita boleh geng!! YAZZ!! Meh, tengok judul buku yang akan Madu tampilkan.
1. Musuhku Suamiku – Zuera Rasiddin
Sumber Gambar: Goodreads.com
Tiada siapa sangka bermusuh boleh bertukar menjadi pasangan suami isteri. Boleh jadi ke hubungan begitu? Orang kata bila kita benci seseorang tu maksudnya kita sayang padanya. Tapi untuk Lysa dan Rafeeqi boleh ke merasai kemanisan cinta disebalik kepahitan ini? Maduners nak tahu kisah mereka boleh lah baca buku ini!
2. Love for Imperfect Things: How to Accept Yourself in A World Striving for Perfection – Haemin Sunim
Kebanyakan Maduners mesti pernah alami tekanan di mana membuat orang lain gembira lebih penting dari mencari kegembiraan sendiri betul tak? Untuk pengetahuan Maduners, Madu alami perkara sebegitu. Bila Madu mula membaca buku ini, Madu sedar yang kegembiraan Madu sangat penting dari orang lain. Buku ini akan membantu Maduners untuk love yourself dan terima kekurangan yang ada pada diri sendiri!! Mari sama-sama mendorong satu sama lain dalam menempuhi apa jua cabaran okay!
3. Jurnal Aishiteru – Aima Chan
Sumber Gambar: Goodreads.com
Boleh ke Khaleeda menemui kebahagiaannya dari cinta tiga segi ini? Adam Daniel yang telah menyesal menculiknya selama sebulan disebabkan salah faham atau Tengku Akimi yang telah berjanji yang ingin bersamanya. Siapakah yang akan Khaleeda pilih? Haaa ikuti kisah Khaleeda dalam menempuhi dugaan dan cabaran ini demi mencari kebahagiaan.
4. The Things You Can See When You Slow down: How to Be Calm in A Busy World – Haemin Sunim
Sumber Gambar: Bookdepository.com
Semua orang kata, hidup ini terlalu pantas. Jadi bagaimana hendak perlahankan masa dan nikmati kehidupan ini walaupun dalam keadaan sibuk? Buku ini akan mengajar Maduners untuk take things one at a time. Memang sukar untuk Maduners alami pada awalnya tetapi lama kelamaan, Maduners akan merasai masa berputar sangat perlahan dan dapat menikmati saat-saat yang indah ini untuk diri sendiri.
5. You’re the One That I Want – Giovanna Fletcher
Tiga sahabat bernama Maddy, Rob dan Ben telah berkawan sejak kecil sehinggalah sekarang. Tetapi cinta telah menjadi halangan kepada persahabatan mereka. Maddy harus memilih antara dua sebagai pasangan hidupnya. Adakah ianya Rob ataupun Ben? Antara persahabatan dan cinta, mana yang akan menang? Ketahui lebih lanjut perjalanan 3 sahabat ini dalam kisah cinta yang rumit ini.
Harap Maduners gunalah masa berharga ini untuk membaca dan menikmati jalan cerita yang romantik dan bermotivasi! Selamat membaca ualls!!