5 Ikon Sempena Hari Sindrom Down Sedunia 2020
21 Mac merupakan sambutan Hari Sindrom Down Sedunia! Jadi Madu nak senaraikan 5 ikon sindrom down yang boleh jadi role model kepada Maduners!
1. Pablo Pineda
Sumber Gambar: Comillas.edu
Pablo Pineda adalah tokoh awam yang terkenal dalam komuniti sindrom Down. Dia berasal dari Sepanyol dan bekerja sebagai guru selepas mendapat ijazah.
Kalau Maduners nak tahu, Pablo Pineda telah menerbitkan buku bertajuk “El Reto de Aprender: Niños con Capacidades Especiales (Manual para padres)” The Challenge to Learn: Children With Special Abilities (Manual for Parents).
Pablo juga sentiasa menjadi penceramah awam yang memberi perhatian kepada masalah kecacatan dan cara yang betul membesarkan kanak-kanak kurang upaya.
2. Lauren Potter
View this post on Instagram
Maduner pernah tengok drama Glee tak? Yang pernah tengok mesti kenal dengan ikon ini iaitu Lauren Potter yang berlakon sebagai Becky Jackson dalam drama Glee.
Pada tahun 2011, bekas presiden Amerika Syarikat iaitu Barack Obama telah melantik Lauren Potter dalam Jawatankuasa Presiden.
Lauren memberi nasihat kepada White House mengenai isu-isu yang mempengaruhi orang kurang upaya, termasuk perkara-perkara seperti kehidupan sosial.
3. Madeline Stuart
View this post on Instagram
Siapa cakap orang kurang upaya tidak boleh menjadi model adalah sangat tidak tepat!
Madeline Stuart adalah seorang model yang berasal dari Australia. Dia telah memodelkan di New York Fashion Week, Art Hearts Fashion Week, Style Fashion Week dan Melange Fashion Week.
Madeline banyak menyumbang kepada organisasi bukan keuntungan yang membantu orang kurang upaya terutamanya dari segi intelektual.
4. Karen Gaffney
Karen Gaffney merupakan seorang atlet wanita yang telah berjaya berenang sejauh 14.5 km di sepanjang Lake Tahoe yang mempunyai suhu 59 darjah.
Karen berenang sejauh itu bertujuan mengumpul dana untuk National Down Syndrome Congress dan menunjukkan kepada dunia bahawa orang yang mempunyai Sindrom Down juga mampu berjaya dalam sukan!
Karen Gaffney adalah pengasas dan presiden Yayasan Karen Gaffney, organisasi nirlaba yang berdedikasi untuk memperjuangkan hak orang kurang upaya dan mewujudkan kesedaran keupayaan luar biasa orang kurang upaya. Amazing women!
5. Sujeet Desai
Sujeet Desai adalah seorang pemuzik dari Buffalo, New York yang lulus dari sekolah menengah dengan 4.3 GPA dan kemudian telah berjaya memasuki Berkshire Hills Music Academy.
Perkara yang unik mengenai Sujeet Desai ialah dia boleh memainkan tujuh instrumen muzik seperti piano, violin, drums, Bb clarinet, Bass clarinet, trumpet, and saxophone. Wow!
Sujeet telah muncul di rancangan seperti The View, The Oprah Winfrey Show, Wall Street Journal & New York Times dan paling terbaik adalah dia telah membuat persembahan di Carnegie Hall pada tahun 2015!