6 Tempat Makan Pilihan Hati Madu – Manis Madu

6 Tempat Makan Pilihan Hati Madu

Bila tanya pasal makan jer mesti korang selalu cakap, “Tak kesah pun”. NOPE!! Kalau dengan Madu, I dah tahu apa yang I nak makan dan di mana nak makan.

 

Madu bukan macam orang lain, kena pening kepala nak cari tempat makan. Madu ada beberapa tempat favourite Madu kalau nak makan, kalau nak tulis satu-satu memang tak habis lah. Jadi untuk menyenangkan, Madu senaraikan 6 tempat makan favourite Madu buat masa sekarang ni.

1. Restoran Mohd Chan, Petaling Jaya dan Klang Valley

Restoran Mohd Chan adalah makanan Cina Halal, terletak di sekitar lembah Klang dan juga Petaling Jaya. Antara makanan kesukaan Madu adalah Ikan Stim yang dimasak dengan pelbagai cara dan tak lupa juga seleksi dim sum untuk pilihan anda.

 

Nak tahu mana cawangannya? Klik sini.

2. The Real Kuey Teow Aunty Gemok, Kelana Jaya

Siapa yang tak kenal dengan  kuey teow Aunty Gemuk, yang sudah beroperasi agak lama. Walaupun Aunty Gemuk sudah tidak ada lagi, tetapi legasi beliau tetap diteruskan. Terletak dekat Wisma FAM, anda pasti tidak akan menyesal jika anda mengunjungi kedai ini.

3. 3 Budak Gemok Stall, TTDI

Ini adalah tempat yang baru jer Madu jumpa, Nasi Ayam Kicap Sambal dia.. Phewitt… Sedap sangat, harga pun tak mahal.

4. Nasi Lemak Haji Ali, Shah Alam

Pernah tak korang makan nasi lemak tapi bukan macam nasi lemak biasa. Inilah yang korang akan nikmati dengan Nasi Lemak Haji Ali. Terletak di Shah Alam Seksyen 13, restoran ini menghidangkan nasi lemak yang berkuah seperti nasi kandar. Daging kuah ros dia, THORBHAEK!

5. Waroeng Isabella, TTDI

Siapa yang tak kenal dengan Waroeng Isabella?! Ni sedap dia melampau sangat, walaupun dikunjungi dengan ramai orang tetapi for me totally worth it! Ayam bakar taliwang dan ikan gurami terbang for LIFE!

6. Quack Teow, TTDI

Salah satu Kuey Teow yang Madu suka terletak di TTDI. Quack Teow menghidangkan char keow teow asli yang sangat sedap. Dibuka dari pukul 6.30PM – 12.00AM, anda pasti tidak menyesal.

 

Hah! Apa lagi, cepat lah serbu tempat ni semua! Madu memang suka gila dengan restoran yang Madu senaraikan di atas ni. Sebenarnya banyak lagi, tapi buat sekarang ni Madu cuma senaraikan yang ni jer dulu.

 

Happy Hunting Guys!!

Post a Comment