Resipi Pelik Nasi Goreng Guna Blender, Wanita Ini Cetus Kontroversi – Manis Madu
Resipi Pelik Nasi Goreng Guna Blender, Wanita Ini Cetus Kontroversi

Resipi Pelik Nasi Goreng Guna Blender, Wanita Ini Cetus Kontroversi

Seorang wanita mencetus kekeliruan di kalangan netizen apabila resipi nasi gorengnya yang lain dari yang lain mendapat perhatian warganet.

 

Tapi, kebanyakan dari warganet sebenarnya salah faham dengan video berdurasi 1 minit tersebut kerana resipi tersebut sebenarnya adalah tentang cara pembuatan cucur nasi yang amat popular satu ketika dahulu.

 

Dengan bahan-bahan yang digunakan seakan-akan bahan nasi goreng, video tersebut mendapat sebanyak 6408 tanda suka dan 1713 perkongsian.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @ezahharis83 tersebut menjelaskan bahawa jika ada lebihan nasi yang tidak dimakan ianya boleh dijadikan sebagai cucur nasi.

 

Bahan yang digunakan seperti nasi, bawang, ikan bilis dan cili kering dikisar bersama kemudiannya digoreng menjadi cucur.

 

Namun, ada sesetengah warganet yang tidak pernah melihat resipi tersebut meluahkan rasa kurang senang dengan gaya masakan itu.

 

Oleh kerana resipinya yang begitu unik, video tersebut juga telah dikongsi di laman Twitter oleh @normanemir dengan kapsyen seolah-olah tidak mempercayai itu adalah nasi goreng.

Video di Twitter tersebut juga mendapat perhatian apabila menerima 1155 ulang kicauan dan juga 2.6 ribu tanda suka.

Antara komen yang diberikan di Twitter menyatakan makanan tersebut nampak menjijikkan namun komen tersebut ditempelak oleh ramai orang kerana menyifatkan pengguna Twitter tersebut tidak tahu adat orang dulu-dulu.

 

Buat pengetahuan semua, orang dulu-dulu memang suka olah makanan supaya tidak berlaku pembaziran.

Post a Comment