Kecoh Di TikTok, Restoran Khas Untuk Semut!
Sekarang macam-macam jenis video ada di media sosial, jangan terkejut pula, kali ini siap ada restoran khas hanya untuk semut!
Ya, betul! Restoran ini khas hanya untuk semut sahaja!
Kecoh baru-baru ini di TikTok satu video dengan tontonan 8.3 juta dan 1.7 juta sukaan untuk video tersebut. Video apa yang anda tanya? Hanya rakaman restoran khas untuk semut!
Menerusi akaun @antrestaurants, video tersebut telah menarik perhatian umum yang mempunyai pelbagai reaksi terhadap video restoran semut tersebut yang dihasilkan di atas sebuah kadbod.
Ada penonton yang rasa video tersebut lucu, tapi ada juga yang keliru.
Lapor Suara.com dengan lapan jenis makanan yang dihidangkan di atas kadbod tersebut, pemilik akaun menyatakan menu terlaris di restoran tersebut adalah keju berbanding makanan lain yang dihidangkan.
Antara menu lain yang dihidangkan di restoran tersebut selain keju adalah madu, coklat Nutella, keropok Cheeto pedas, gula, sos Ranch, sirap dan agar-agar manis.
Agaknya kalau semut lain tahu tentang restoran ini, mesti ramai yang berebut nak cuba tapi malangnya semut di Malaysia masih PKP, harap bersabar!