Terlampau Fanatik K-Pop, Weibo China Gantung 21 Akaun Peminat – Manis Madu
Weibo China

Terlampau Fanatik K-Pop, Weibo China Gantung 21 Akaun Peminat

Laman media sosial China, Weibo menggantung 21 akaun peminat selebriti Korea Selatan dengan alasan ‘pemujaan’ terhadap artis yang keterlaluan, lapor stesen penyiaran CNN.

 

Akaun yang digantung selama 30 hari itu melibatkan sokongan terhadap selebriti Korea Selatan termasuk BTS, Blackpink, EXO dan IU.

 

Pengharaman sementara itu dilaksanakan selepas salah satu akaun peminat yang dikhaskan untuk artis BTS iaitu Jimin digantung.

“Akaun kelab peminat Jimin dilarang memuat naik sebarang status buat sementara waktu kerana melanggar peraturan komuniti Weibo.

 

“Selain penggantungan ini, beberapa blog berkaitan artis ini juga telah dipadamkan,” tulis satu kenyataan Weibo.

 

Menerusi kenyataan itu juga, Weibo memberi amaran tegas terhadap budaya pemujaan artis yang keterlaluan dan berjanji akan menanganinya dengan serius.

 

Laman sosial itu juga nekad untuk mempromosikan budaya meminati mana-mana artis dengan lebih rasional dan bersesuaian dengan kehidupan masyarakat China.

Post a Comment