Doktor Kaut Kekayaan Jahit Buah Zakar & Ovari Monyet Pada Manusia – Manis Madu
by the 1930s, medical science had moved on and testicle transplants had fallen out of fashion

Doktor Kaut Kekayaan Jahit Buah Zakar & Ovari Monyet Pada Manusia

Seorang doktor kontroversi pada abad ke-20 menganggap bahawa menjahit kemaluan monyet pada badan manusia meningkatkan nafsu seksual, menyembuhkan sembelit dan menghalang kebotakan, lapor akhbar Daily Star.

 

Serge Voronoff mengaut kekayaan dengan mengenakan caj kepada pelanggannya bagi menjalani prosedur mengerikan itu.

 

Namun, trend tersebut dikatakan tidak bertahan lama.

 

Voronoff yang merupakan lelaki Perancis kelahiran Rusia, melakukan prosedur tersebut pada awal abad ke-20 dan dikenali sebagai ‘pakar kelenjar monyet’ kerana penyelidikannya terhadap buah zakar monyet.

Voronoff made so much money that he built a monkey farm on the back of his Italian castle so he had ape testicles on tap

Dalam satu temu bual akhbar pada awal 1920-an, Voronoff mendakwa manusia boleh hidup sehingga 140 tahun sekiranya tubuh mereka dimasukkan buah zakar monyet.

 

“Seorang lelaki berusia 85 tahun mendapati paru-parunya menjadi kuat dan dia boleh berjalan dengan baik.

 

“Lelaki botak pula teruja apabila mendapati rambut baharu mula tumbuh di kepala mereka,” katanya.

 

Dia turut mendakwa bahawa monyet yang diambil buah zakarnya itu akan tinggal di zoo dan tidak berdepan masalah akibat kehilangan buah zakar.

 

Pada 1915, Voronoff menjalankan pembedahan pertama membabitkan pemindahan buah zakar monyet kepada manusia.

by the 1930s, medical science had moved on and testicle transplants had fallen out of fashion

Dia menjahitnya pada kelenjar tiroid seorang lelaki muda yang lembam dan mendakwa selepas 12 bulan, lelaki itu semakin mudah belajar dan dia menjadi normal.

 

Pada pertengahan 1920-an, dia dikatakan telah menjalankan lebih 300 pembedahan buah zakar dan turut memindahkan ovari monyet ke dalam tubuh wanita dan mendakwa ia menjadikan ‘nenek kelihatan lebih muda dan bergaya’.

 

Permintaan bagi pembedahan tersebut amat tinggi sehingga pemburu berdepan cabaran untuk menangkap monyet di Afrika untuk dihantar ke Perancis atas tujuan ‘kejam’ itu.

 

Voronoff bagaimanapun menggunakan kekayaannya untuk membeli sebuah istana di Itali dan membiakkan monyetnya di situ.

Post a Comment