“Kena Cucuk Dulu, Baru Boleh Kahwin” Pemuda Akur Ambil Vaksin Kerana Syarat Bakal Ibu Mertua – Manis Madu
“Kena Cucuk Dulu, Baru Boleh Kahwin” Pemuda Akur Ambil Vaksin Kerana Syarat Bakal Ibu Mertua

“Kena Cucuk Dulu, Baru Boleh Kahwin” Pemuda Akur Ambil Vaksin Kerana Syarat Bakal Ibu Mertua

“Bakal mak mertua suruh cucuk kalau tak, tak boleh kahwin dengan anak dia”.

 

Itulah perkongsian seorang doktor dikenali @NengPoji, yang menceritakan kisah seorang pemuda berusia 28 tahun ingin mengambil vaksin kerana ditetapkan syarat oleh bakal mak mertuanya semalam.

“Semalam ada seorang lelaki 28 tahun datang pusat pemberian vaksin (PPV) untuk cucuk vaksin. Tanya kenapa lambat cucuk, sekarang semua budak sekolah dah. Dia kata bakal mak mertua suruh cucuk kalau tak, tak boleh kahwin dengan anak dia,” ciapnya.

 

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji tindakan bakal mak mertua yang mengutamakan keselamatan anaknya yang bakal dinikahi oleh pemuda tersebut.

 

“Bagus makcik ini jaga keselamatan anak dan keluarga dia, mesti dia cakap nak masuk keluarga saya jangan bahayakan orang lain,” kata @NorfarahHanim.

 

“Bila dia dah lengkap dua dos vaksin, jangan bagi dia kahwin dengan anak mak cik, dah ada pemikiran macam itu tak perlu buat menantu. Lepas kahwin nanti tak tahu jadi apa,” jelas @Nvzvlshams.

 

“Harap-harap mak mertua dia tunggu sampai lengkap ‘2nd dose’ baru bagi lampu hijau, kirim salam dekat mak cik itu dan kita perlukan ramai lagi orang macam ini,” ujar @AliffZaki.

 

Setakat 7 Oktober 2021, kadar lengkap vaksinasi dalam negara bagi populasi dewasa sudah mencapai 89.1 peratus manakala 94.6 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Post a Comment