Tak Mengandung Tapi Tiba-Tiba Keluar Bayi! 5 Keadaan Ini Mungkin Punca ‘Tak Sedar’ Anda Sedang Hamil
Kisah seorang wanita yang secara tiba-tiba melahirkan anak ketika bangun jam 3 pagi kerana disangka sakit perut sememangnya satu keajaiban! Manakan tidak, sepanjang 9 bulan kehadiran seorang bayi di dalam perut tetapi tidak disedari oleh wanita berkenaan.
Kejadian yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ini juga membuktikan bahawa kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya. Apa juga boleh berlaku dan ia mengatasi batas kemampuan manusia.
@mzxraa Kuasa Allah 🤲🏻 9 bulan dalam kandungan tanpa diketahui oleh ibunya sendiri 🥺 Part 1 #berandafyp #fypage ♬ original sound – Gaseh channel – 🇵🇸GASEH CHANNEL🇵🇸
Menurut perkongsian wanita itu, kakaknya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mengandung. Pada hari kejadian, kakaknya pergi ke tandas kerana sakit perut pada jam 3 pagi. Ingatkan sakit perut nak membuang, rupanya sakit bersalin!
Keluarga itu kemudian menghubungi ambulans dan dikejarkan ke hospital. Perkara pertama yang ditanya oleh pasukan perubatan adalah buku pink yang selalu dibawa ke mana-mana oleh ibu hamil.
Namun, disebabkan kehamilan ini baru diketahui, maka mereka tiada buku pink berkenaan. Lebih menakjubkan, pasukan perubatan juga mengesahkan yang ibu dan bayi dalam keadaan selamat.
Ternyata, bukan hanya kisah ini yang pernah berlaku! Banyak juga kisah wanita yang tiba-tiba melahirkan tanpa sedar dia mengandung sebelumnya. Keadaan kesihatan ibu dan bayi juga baik-baik sahaja. Agaknya, apa faktor keadaan ini berlaku?
#1 Haid Tidak Teratur
Tidak dinafikan, ada wanita yang mempunyai masalah haid tidak teratur. Maka, jika tidak datang haid dianggap perkara biasa kerana memang dia tahu keadaan haidnya yang tidak teratur.
Perkara ini boleh menyumbang kepada kehamilan tidak diketahui kerana mereka tidak menjangka mereka mengandung kerana sudah biasa tidak datang haid.
#2 Berbadan Besar
Bentuk tubuh badan yang agak besar sudah biasa dengan perut buncit dan jika mengandung, mereka tidak merasakan sebarang perubahan pada diri. Jadi tidak mustahil mereka tidak perasan jika mengandung kerana sudah terbiasa dengan perut yang sedikit besar.
#3 Tidak Alami Alahan Wanita Hamil
Keadaan ini juga merupakan antara faktor kenapa kehamilan tidak dapat dikenalpasti atau si ibu ‘tidak perasan’ bahawa dirinya sedang mengandung. Tiada sebarang alahan dialami seperti wanita lain.
Keadaan emosi juga seperti biasa saja serta tidak mengalami muntah-muntah, mual atau alahan lain yang biasa dialami ibu hamil.
#4 Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS)
Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS) ini adalah keadaan di mana gangguan hormon biasa yang mempengaruhi wanita dalam lingkungan umur reproduktif.
Walaupun tidak bahaya, namun ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan ibu. Jadi, ada wanita yang mungkin tiada tanda-tanda kehamilan kerana sindrom ini.
#5 Lemak Tubuh Terlalu Rendah
Keadaan ini biasanya terjadi kepada atlet olahraga atau wanita yang terlalu kurus.
Ohh, jadi ini antara punca kenapa seseorang wanita itu tidak sedar bahawa dia sedang mengandung. Lepas ini, tak rasa pelik lagi kerana kita dah tahu sebab-sebabnya.
Sumber: The Asian Parent