Tak Sedar Kad Debit ‘Dijoli’ Hingga Baki Tinggal RM23! – Manis Madu
Susulan itu, Liza sudah membuat laporan polis mengenai perkara tersebut. Justeru, dia juga sempat mengingatkan orang lain supaya menghadkan jumlah perbelanjaan kad masing-masing. Video yang berdurasi 3 minit itu telah meraih hampir 100 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet juga turut saling mengingatkan pengguna kad debit lain untuk memilih pendekatan nombor pin kerana ia lebih selamat.  Mereka juga turut mengucapkan terima kasih kepada Liza kerana berkongsi perkara seperti ini sebagai memberi peringatan kepada orang lain.

Tak Sedar Kad Debit ‘Dijoli’ Hingga Baki Tinggal RM23!

Penggunaan kad debit sudah seperti kewajipan dan amat memudahkan urusan pihak pembeli dan juga penjual. Tidak perlu membawa wang tunai dengan banyak untuk membeli belah.

 

Namun, di sebalik semua kelebihan yang ada, pasti ada kelemahan serta kekurangan yang boleh merugikan penggunanya.

 

Perkara inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang berkongsi kisahnya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikToknya.

Menurut akaun @lizashely87, dia berkongsi pengalaman bahawa kad debitnya hilang. Malangnya, perkara itu baru disedari apabila hampir semua duitnya digunakan. Baki hanya tinggal RM23!

 

“Kad aku tak ada tanpa aku sedar. Duit dalam akaun aku habis ‘dijoli’ cuma tinggal RM23 je, siap pergi kedai emas,” tulisnya.

 

Setelah diperiksa, Liza mendapati rupanya terdapat sebanyak 8 transaksi telah dilakukan termasuk satu transaksi berlaku di sebuah kedai emas.

 

“Setiap transaksi aku tak alert dengan mesej yang masuk, ingat mesej MKN. Kalau boleh off paywave, guna pin je,” tambahnya lagi.

 

Jelas Liza, dia ada menerima mesej pemberitahuan mengenai aktiviti transaksi tetapi dia menganggap pesanan itu daripada MKN yang sering menghantar peringatan berkaitan Covid-19 maka, dia tidak mengendahkannya.

kad debit 2 (1)

Susulan itu, Liza sudah membuat laporan polis mengenai perkara tersebut. Justeru, dia juga sempat mengingatkan orang lain supaya menghadkan jumlah perbelanjaan kad masing-masing.

 

Video yang berdurasi 3 minit itu telah meraih hampir 100 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet juga turut saling mengingatkan pengguna kad debit lain untuk memilih pendekatan nombor pin kerana ia lebih selamat. 

 

Mereka juga turut mengucapkan terima kasih kepada Liza kerana berkongsi perkara seperti ini sebagai memberi peringatan kepada orang lain.

Post a Comment