Rapat Macam Kawan Baik! Hubungan Mertua & Menantu Beza Agama Buat Ramai Kagum
Antara punca berlaku pergolakan rumah tangga adalah campur tangan mertua dalam urusan suami isteri. Keharmonian rumah tangga juga boleh tergugat jika mertua dan menantu kurang serasi antara satu sama lain.
Selalu kita dengar isu mertua dan menantu ‘tidak ngam’ ini berlaku di Malaysia namun lain pula kisahnya dengan seorang wanita ini yang sangat akrab dengan ibu mertuanya.
Malah, dia sudah menganggap ibu mertuanya seperti ibu kandung serta rakan baik sendiri kerana saling memahami dan ‘sekepala’.
Menurut perkongsian @fafadiyana di laman TikTok, dia ada memuat naik beberapa video menunjukkan keakraban hubungannya dengan ibu mertua. Video-video tersebut sering mendapat pujian serta meraih perhatian ramai melihat gelagat dia dan ibu mertuanya.
Lebih unik dan ‘rare’, ibu mertuanya merupakan seorang wanita berbangsa India!
Difahamkan, Farah menumpang kasih dengan ibu mertuanya selepas ibu kandungnya meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Tidak menyangka perkongsiannya di TikTok menjadi tular, Farah berkata dia terharu apabila membaca komen-komen warganet. Lebih mengharukan apabila terdapat komen yang mendoakan ibu mertuanya kesihatan baik yang juga merupakan seorang bekas pesakit kanser.