3 Destinasi Percutian Terbaik Dengan ‘Nature Vibes’, Siap Ada Peluang Menang Pakej Percutian 3H2M Percuma Dari Petron! – Manis Madu
3 Destinasi Percutian Terbaik Dengan ‘Nature Vibes’, Siap Ada Peluang Menang Pakej Percutian 3H2M Percuma Dari Petron!

3 Destinasi Percutian Terbaik Dengan ‘Nature Vibes’, Siap Ada Peluang Menang Pakej Percutian 3H2M Percuma Dari Petron!

Keindahan alam semula jadi merupakan satu anugerah terindah buat kita. Pokok-pokok menghijau, air laut yang biru, udara yang segar dan bersih menjadi pilihan buat mereka yang cintakan alam semula jadi.

 

Haa, dalam artikel ini Madu akan kongsikan tiga destinasi percutian terbaik buat pencinta alam semula jadi. Memang puas hati!

Tiarasa Escapes Glamping Resort

Memilih Tiara Escapes Glamping Resort sebagai destinasi percutian menjanjikan pengalaman berkhemah gaya safari dan villa atas pokok di kawasan hutan hujan di daerah Janda Baik. Siap ada villa atas pokok!

Di sini, bukan semata-mata tempat penginapan tetapi turut disediakan dengan beberapa aktiviti menarik buat para pengunjung. 

 

Antaranya nature walks sambil memerhati burung-burung di kawasan hutan, berkelah tepi sungai, acara nyalakan unggun api, Moonlight Cinema, Dining Under The Stars dan banyak lagi!

 

Aktiviti fizikal seperti paintball, memanah, ATV ride pun ada.

Sepilok Forest Edges Resort

Keunikan dan keselesaan ditawarkan oleh Sepilok Forest Edges Resort memang layak mendapat pujian  kerana menjadikan pengalaman Borneo korang tidak boleh dilupakan!

IMG_1371 (1)
Private Dining Under the Star (Honeymooners) (1)

Menariknya penginapan yang tersedia di sini menggunapakai konsep moden tradisional antaranya chalet mereka direka seperti bentuk rumah panjang dengan reka bentuk minimum.

 

Buat pencinta alam semulajadi, memang wajib datang ke sini kerana terdapat banyak tempat lawatan yang pastinya akan memenuhi citarasa korang.

Restaurant (1)

Antara adalah Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre, Bornean Sunbear Conservation Centre, Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Fireflies Mangrove Cruise serta banyak lagi.

The Culvert Hotel Resort

Terletak di dalam kawasan flora di Santubong, Kuching, Sarawak, The Culvert Hotel Resort menyediakan pengalaman pengembaraan serta tempat untuk korang bersantai-santai!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Culvert (@theculvert)

Terletak di tengah-tengah pemandangan dan pantai paling popular di Santubong, Kucing dan Damai, resort ini dilengkapi dengan reka bentuk bilik mesra alam dengan pelbagai kemudahan dengan seni bina moden dalam persekitaran alam semula jadi!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Culvert (@theculvert)

Tempat ini menawarkan 33 bilik standard dan 10 suite untuk tetamu. Fokus utama The Culvert Hotel Resort adalah untuk menggabungkan ketenangan persekitaran semula jadi ke dalam reka bentuk penginapan mereka. 

 

Menarik  ketiga-tiga destinasi percutian untuk pencipta alam semula jadi ini? Ketiganya mempunyai kelebihan serta keunikannya tersendiri.

 

Dah cerita pasal 3 destinasi percutian terbaik, sekarang Madu nak cerita pula macam mana Maduners boleh menang pakej percutian 3 hari 2 malam!

Petron – Jom Jalan Jalan!

20211027-51

Kalau Maduners nak tahu sempena dah boleh rentas negeri untuk bercuti ini, Petron bekerjasama dengan Tourism Malaysia lancarkan kempen ‘Jom Jalan Jalan’!

 

Tapi apa kena mengena kempen Jom Jalan Jalan ini dengan pakej percutian 3 hari 2 malam pula?

20211027-99

Haa! Selain bekerjasama dengan Tourism Malaysia, juga telah bekerjasama dengan resort tempatan dan rakan pelancongan iaitu Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sunway Lost World of Tambun, Camp Out! Di Sunway Lagoon, Orchard Wellness Melaka, Sepilok Forest Edge, Culvert Santubong serta VIP Pass Holidays (Malaysia) dan Trevo untuk hasilkan pakej percutian untuk anda!

 

1,156 orang bertuah akan berpeluang menang pelbagai hadiah menarik dan seramai 56 orang dari jumlah tersebut berpeluang menang top prize yang mana antara hadiahnya ialah pakej percutian 3 hari 2 malam.

20211027-58

Itu baru top prize, belum cerita pasal Grand Prize pula! OMG! Enam pemenang akan dipilih untuk memenangi pakej percutian bernilai sehingga RM20, 000 dari Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sepilok Forest Edge atau Culvert Santubong, juga boleh menang wang tunai dan minyak percuma dari Petron!

 

Selain daripada hadiah utama, 10 pemenang akan memenangi pakej percutian bernilai RM5,000, ganjaran wang tunai dan minyak setiap bulan dari Oktober 2021 hingga Mac 2022.

 

Bagi hadiah sagu hati pula, 100 pemenang dipilih setiap bulan, akan menerima baucar hotel Pas VIP bernilai RM2,000 yang bersamaan 7 hari 6 malam (7H6M), ganjaran tunai RM300 dan point PMiles bernilai RM300. Selain itu, 1,000 pemenang mingguan akan menerima mata PMiles bernilai RM200 setiap seorang.

 

Tengok!!!! Banyak betul hadiah boleh menang, memang Petron Malaysia suka manjakan pelanggan mereka!

 

Dan paling penting, Maduners tak perlu risau, menurut Pengurus Besar Petron Malaysia, Pn. Faridah Ali berkata pemenang akan dipilih mengikut wilayah – Utara, Pantai Timur, Tengah, Selatan, Sabah dan Sarawak untuk memastikan setiap wilayah mempunyai pemenang sendiri! Baru adil!

 

Macam mana nak sertai peraduan ini? Jangan risau peraduan ini terbuka kepada semua pemegang kad Petron Miles. 

 

Anda akan automatik layak untuk mendapat peluang memenangi peraduan ini apabila membuat pengisian minyak kereta terkumpul sebanyak RM250 dalam satu bulan untuk melayakkan diri bagi memenangi hadiah utama.

 

Manakala pengisian minyak sebanyak RM50 untuk cabutan bertuah bulanan untuk  hadiah pertama (First Prize). 

 

Hanya perlu pastikan anda swipe kad Petron Miles anda apabila membuat pengisian minyak!

Untuk maklumat lanjut Maduners boleh layari media sosial dan lawan sesawang Petron Malaysia!

 

 

Apa tunggu lagi, cepat isi minyak dekat Petron dan rebut peluang menang pakej percutian di destinasi terbaik di Malaysia!

Post a Comment