Wanita Islam Di Kashmir ‘Dilelong’ Dalam Aplikasi Tanpa Rela – Manis Madu
Wanita Islam Di Kashmir ‘Dilelong’ Dalam Aplikasi Tanpa Rela

Wanita Islam Di Kashmir ‘Dilelong’ Dalam Aplikasi Tanpa Rela

Konflik penindasan dan penganiayaan penduduk Islam di beberapa wilayah di India dilihat belum berkesudahan bahkan memasuki episod terkini sempena tahun baharu 2022.

 

Semasa sambutan perayaan Aidilfitri tahun lalu, saluran YouTube bernama Liberal Doge menyiarkan gambar wanita Pakistan dalam video seks bertajuk Eid Special‘.

 

Kandungan tersebut dibuang selepas mencetuskan kemarahan orang ramai.

 

Seminggu selepas itu, wanita Muslim menjadi mangsa ‘lelongan’ menerusi lelongan Sulli Deals dalam Twiitter.

Memetik laporan Utusan Malaysia, seorang wartawan dari Kashmir yang dikuasai India terkejut apabila mengetahui dirinya dijual dalam ‘lelongan secara dalam talian’.

 

Gambar Quratulain Rehbar disiarkan tanpa kebenaran dan dimuat naik dalam aplikasi tersebut bagi tujuan ‘lelongan’.

 

“Apabila melihat gambar tersebut saya terkedu kerana terkejut dan memalukan,” katanya.

 

Insiden tersebut mengejutkan kerana bukan melanda dirinya seorang bahkan lebih 100 wanita Islam termasuk pelakon terkenal, Shabana Azami, wartawan, aktivis dan ahli politik menjadi bahan pelaris dalam aplikasi Bulli Bai.

 

Insiden tersebut tidak mengejutkan pemenang Anugerah Nobel, Malala Yousafzai kerana terdapat dalang di sebalik aplikasi tersebut.

 

Julai lalu, dunia digemparkan dengan aplikasi Sulli Deals yang ‘menjual’ 80 wanita Muslim, dan terbaharu, Bulli Bai pula muncul dalam tempoh kurang setahun.

 

Menurut Quratulain, aplikasi itu bertujuan menjatuhkan maruah dan menghina suara golongan wanita Muslim.

 

Katanya, aplikasi tersebut dibangunkan menerusi perisian Github yang dimiliki Microsoft.

 

“Kedua-dua aplikasi tersebut merupakan perkataan yang memberi penghinaan terhadap golongan wanita Muslim dalam dialek tempatan.

 

“Bagaimanapun, kali ini, bahasa Punjabi dan Inggeris digunakan dalam aplikasi Bulli Bai,” kata wartawan, Mohammad Zubair yang bekerja dengan AltNews.

 

Sabtu lalu, berpuluh-puluh wanita Muslim menzahirkan kemarahan dalam media sosial selepas melihat gambar dalam aplikasi tersebut.

 

Antaranya termasuk wartawan, Ismat Ara dari New Delhi.

 

Seorang peguam di Mumbai, Fatima Zohra Khan turut mengemukakan laporan terhadap pihak polis Mumbai.

 

Jelasnya, tindakan itu diambil selepas tidak mendapat sebarang maklum balas dari Twitter, Github dan Go-Daddy.

 

“Laman web ini enggan berkongsikan maklumat melainkan pihak kami mempunyai waran mahkamah,” katanya.

 

Usaha Al-Jazeera mendapatkan maklum balas dari pihak polis New Delhi dan Mumbai berkaitan eksploitasi seksual itu tidak membuahkan hasil.

Post a Comment