Wanita Pakai Gaun Pengantin Di Dasar Laut Tak Ambil Peduli Kecaman Netizen, Buat Hanya Sekadar Suka-Suka! – Manis Madu
Wanita Pakai Gaun Pengantin Di Dasar Laut Tak Ambil Peduli Kecaman Netizen, Buat Hanya Sekadar Suka-Suka!

Wanita Pakai Gaun Pengantin Di Dasar Laut Tak Ambil Peduli Kecaman Netizen, Buat Hanya Sekadar Suka-Suka!

Satu rakaman video seorang wanita yang mengenakan busana gaun pengantin dan melakukan photoshoot pada kedalaman tiga meter di dasar laut mencuri perhatian ramai orang.

 

Menurut pemilik video berkenaan @eyrafadz, pengalaman melakukan sesi penggambaran itu merupakan satu pengalaman berharga dan menyeronokkan buatnya.

@eyrafadz Semput pengantin mermaid tahan nafas & posing dalam laut 😂😂 #weddingtiktok #shouldbeme #fypシ #mermaid ♬ bunyi asal – พี่ชาย ( C🅰️K )

Difahamkan, wanita ini memang meminati hobi lasak sejak di peringkat universiti dan melakukan photoshoot di dasar laut ini sekadar suka-suka.

Tangkap Gambar Dalam Air 1

Namun begitu, selepas menunjukkan hasil photoshoot berkenaan, Eyra ternyata dihujani ‘kecaman manja’ daripada netizen yang antaranya mempersoalkan tindakan dia melakukan aksi bahaya itu dan tidak kurang juga yang meluahkan hasilnya tidak seperti yang mereka bayangkan.

Sungguhpun begitu, Eyra menjelaskan bahawa dia tidak terlalu mengambil serius apa yang dikatakan netizen kerana tujuannya melakukan aksi itu hanya untuk kepuasan dirinya.

 

Selain itu, ada juga yang bertanya apakah tips dia dapat menahan nafas begitu lama di dasar laut tanpa sebarang alat bantuan pernafasan?

 

Jelasnya, jika oksigen buat dirinya dipinjam oleh penyelam lain yang turut ikut ke dasar laut bagi menjamin keselamatannya.

 

Videonya di laman TikTok sudah mencecah 2.5 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.

Post a Comment