Tak Puas Hati Dengan Ujian Mendengar SPM, Pelajar ‘Serang’ Resort Di Pahang
Tindakan segelintir calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ‘menyerang’ halaman Google sebuah pusat peranginan di Pahang ekoran keliru ketika ujian mendengar tular di media sosial semalam.
Difahamkan, pelajar-pelajar terbabit bertindak sedemikian gara-gara tidak berpuas hati dengan soalan yang diberikan ketika menduduki ujian mendengar bagi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Menerusi perkongsian di Facebook Huzaifah Afi, salah satu soalan yang diberikan merujuk kepada nama tempat berkenaan yang dikenali sebagai Salang Sayang Resort.
Sehubungan itu, ramai calon mendakwa ‘speaker’ (jurucakap) yang ditugaskan tidak menyebut perkataan tersebut dengan betul hingga menyebabkan ramai keliru.
“Tadi ujian mendengar, dia suruh tulis nama resort tu, ramai tak puas hati sebab ‘speaker’ tu cakap tak betul.
“Jadi ramai salah eja. Salam sayang la, sayang layang la. Mereka tak puas hati sebab tu bagi rating rendah kat resort tu,” katanya.
Perkara itu juga turut menjadi perbualan panas di laman Twitter setelah seorang pengguna @mfitsayie memuat naik ulasan buruk yang ditulis pelajar-pelajar berkenaan di ruangan ulasan Google.
im ded #Spm2021 pic.twitter.com/EBRJn32WR6
— aleeya (ia) (@keevyoon) February 21, 2022
Sementara itu, meninjau hantaran pengguna di laman sosial mendapati orang ramai rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.
“Patut dan lama tak dengar senarai budak budak genius, pelajar dahulu nak hadap ujian hadap buku bukan telefon,” kata Mia Mieya.
“Alah pasal satu markah nak mengamuk, aku ‘addmath’ jawab suku daripada semua soalan pun rilek je,” ujar Hatsune Miku Mukminin.