Pelik Tapi Benar! Bayi 10 Tahun Hidap ‘Uncombable Hair Syndrome (UHS)’ – Manis Madu
Pelik Tapi Benar! Bayi 10 Tahun Hidap ‘Uncombable Hair Syndrome (UHS)’

Pelik Tapi Benar! Bayi 10 Tahun Hidap ‘Uncombable Hair Syndrome (UHS)’

Seorang ibu baru menyedari bayinya yang berusia 10 bulan menghidap sindrom jarang jumpa selepas memuat naik gambar anak bongsunya itu di Instagram (IG) pada musim panas lalu.

 

The Guardian melaporkan, Katelyn Samples mengetahuinya selepas seorang individu tidak dikenali menghantar kiriman mesej kepadanya bertanya sama ada anaknya, Locklan menghidap Sindrom Rambut Tidak Boleh Disikat (Uncombable Hair Syndrome) atau UHS.

 

Pertanyaan itu lantas membuatkan ibu berusia 33 tahun dari Roswell, Georgia, bimbang.

 

“Pada mulanya, kamu melihat ‘sindrom’ dan berasa seperti, ‘adakah ada yang tidak dengan bayi saya’? Adakah dia sakit atau sesuatu?”, ujar Samples.

 

Bagi mendapatkan kepastian, Samples mula mencari maklumat di Google dan merujuk pakar.

 

Doktor memberitahunya bahawa mereka tidak pernah mendengar adanya sindrom itu, tetapi merujuk dengan pakar dermatologi kanak-kanak di Emory Healthcare, di Atlanta.

 

Di situ, Locklan disahkan menghidap UHS.

 

Gangguan genetik itu jarang berlaku dan antara cirinya, individu mempunyai rambut perang yang tidak teratur atau berwarna keemasan.

 

Rambut yang menonjol dari kulit kepala tidak boleh disikat rata dan sindrom itu biasanya muncul ketika umur kanak-kanak antara tiga dan 12 tahun.

 

“Apabila melihat di bawah mikroskop, kamu dapati individu itu bukannya mempunyai rambut yang berbentuk silinder namun batang rambut sebenarnya lebih dalam bentuk segi tiga,” kata pakar dermatologi pediatrik di UCLA Health, Dr Carol Cheng.

 

Jelasnya, di dalam segitiga itu, terdapat alur-alur kecil ini yang naik dan turun pada paksi panjang batang rambut.

 

“Jadi itulah sebabnya ia menjadikannya (rambut) tidak boleh disikat,” katanya.

 

Saintis mengetahui hanya kira-kira 100 kes penghidap sindrom UHS.

 

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, setakat ini masih belum ada rawatan bagi sindrom itu.

 

Bagaimanapun, keadaan individu dengan sindrom itu biasanya bertambah baik atau sembuh dengan sendirinya sebaik sahaja mereka mencapai usia akil baligh.

Post a Comment